Jumaat, Ogos 15, 2014

Edisi Terjah Sydney


Tahun pertama PhD di bumi beraneka marsupial ini diwarnai dengan peluang untuk membentang kertas kerja di Sydney.  Di sini aku kongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat Napi ambil.. 

Aku ni pelupa tau.  Sebab tu blog ini dibuat bagi memudahkan diri sendiri mengabadikan beberapa kenangan berharga ataupun pengetahuan berguna.

Edisi terjah Sydney bermula dengan penerimaan surat dari pihak penganjur yang mengkhabarkan berita gembira.  Kertas kerja ku diterima untuk dibentangkan di Doctoral Symposium.  Kecil sahaja taraf kertas kerja ini tapi nilainya yang memperakui hasil kerja keras PhD ku amat-amat tinggi di hati rasanya pada ketika itu.

Jika di Sydney, Malaysia Hall ada di Alison Road, Randwick.  Aku memohon melalui e-mel.  Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya mendapat sebuah bilik.  Penting di sini untuk memohon sebulan lebih awal bagi mengelakkan situasi gigit jari berlaku.  Dengan kadar yang luarbiasa murahnya, siapa pun pasti tak menolak.  Lebih-lebih lagi ada kantin Abang Sam yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari mengikut selera orang kita pada harga yang berpatutan.

Terdapat juga banyak pilihan makanan halal di sekitar UNSW seperti di Randwick sendiri, dan di sepanjang Anzac Parade, Kingsford dan Kensington.  Siapkan jelah duit andai kata tak gusar dengan kadar tukaran matawang semasa.

Kami mengambil penerbangan Jetstar dari Brisbane ke Sydney.  Menggunakan kereta yang disewa dan kemudiannya dipulangkan semula di lapangan terbang Sydney, kami menuju ke Malaysia Hall Sydney.  Cuaca di bulan April agak tidak menentu dengan hujan yang kerap dan suhu yang agak sejuk.  Mujur ada makanan yang disediakan oleh Abang Sam.  Tidak susah-susah kami keluar mencari makanan ketika hujan.



Hotel penganjur terletak di seberang jambatan Sydney Harbour, di belakang Luna Park Sydney je.  Persidangan berakhir pada hari Jumaat dengan banyak maklumbalas berguna diperolehi untuk menambahbaik hasil penyelidikan PhD ku.  Kemudian sebelum pulang kami mengambil peluang berjalan-jalan ke Paddy's Market untuk membeli buah tangan buat kenang-kenangan.  Kami bersolat di Surry Hills Mosque yang kedudukannya agak tersembunyi.  Mujur ada panduan dari peranti GPS kami.


Selepas itu Darling Harbour menjadi pilihan untuk membawa anak-anak merasai feri dan melihat sendiri Sydney Opera House.

Inilah perkongsian kali ini.








Memang tak puas disebabkan kami terikat dengan komitmen lain.  Mungkin lain kali ada rezeki untuk kembali dan pergi melawat Bondi Beach pula, salah satu destinasi yang terpaksa dilupakan pada waktu itu disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Khamis, April 24, 2014

LittleWhiz Warehouse Sale 25-27 April 2014

Sedar tak sedar, dalam inbox e-mel saya rupanya ada satu e-mel dari LittleWhiz berkenaan dengan Warehouse Sale mereka. Terima kasih LittleWhiz kerana pihak anda sangat menitikberatkan hubungan dengan pelanggan, dan ini membuatkan pelanggan seperti saya rasa dihargai walaupun dah lama saya tak berpeluang untuk membuat apa-apa pembelian.




Dulu-dulu sebelum ke Brisbane, inilah antara program favourite kami.  Kadang-kadang takde lah memborong sangat, sekadar cuci mata je lebih.  Kalau ada pun sekadar memborong barang keperluan dengan harga runtuh seperti wet tissue, pakaian basahan anak-anak, dan sabun botol ( suka sangat dengan sabun botol Pureen yang penutup warna biru tu! kat Brisbane takde sabun ni).


Pentingnya program sebegini untuk kita dapatkan maklumat harga runtuh sesetengah produk, supaya kita boleh banding-membanding dan berlatih menjadi pengguna yang bijak semasa membuat pembelian.

Dulu ilmu pengguna bijak nilah antara ilmu yang paling malas saya nak amalkan.  Saya tak minat dengan angka, jadi jujur saya cakap angka-angka yang BANYAK waktu warehouse sale ni MEMENINGKAN kepala.


Tapi Napi suka angka, jadi bila berdua dengan peminat angka ni, Alhamdulillah terasa kurang memeningkan sedikit sebab ada penterjemah angka di sebelah.


Dan ilmu pengguna bijak ni sangat penting apabila dah berkeluarga.  Lebih-lebih lagi majoriti perbelanjaan kami memang tertumpu kepada keperluan anak-anak.


Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuci mata dan melatih ilmu pengguna bijak, jemputlah bertandang ke LittleWhiz Warehouse Sale ni ye!