Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

Ahad, November 20, 2016

Brisbane & Gold Coast 101



Perhatian: Segala maklumat di dalam entri ini adalah sah sewaktu tarikh semasa penulisan entri ini. Walau bagaimanpun, para pembaca digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi dan elakkan daripada penerimaan secara bulat-bulat.

*Dikemaskini pada 20 November 2016
Entri ini dah lama sangat ditangguhkan disebabkan masa yang diperlukan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan.  Buat permulaan, aku senaraikan beberapa maklumat asas yang  dirasakan penting untuk pelancong Malaysia yang PERTAMA KALI melawat Gold Coast.  Untuk pelancong tegar, mungkin maklumat di sini tidaklah membantu sangat rasanya.  Bezanya entri ini dengan entri-entri di blog lain adalah isu bajet perbelanjaan dan itinerari perjalanan tidak akan dibincangkan.  Yang ingin ditekankan adalah pilihan-pilihan yang ada supaya persiapan sebelum tiba ke Brisbane/Gold Coast akan menjadi lebih teratur.

Maklumat asas berkaitan Gold Coast ini dibahagikan kepada beberapa bahagian:
  1. Pilihan Tukaran Wang
  2. Akses ke Lapangan Terbang
  3. Pilihan Penginapan
  4. Pilihan Pengangkutan
  5. Pilihan Makanan (Halal)
  6. Masjid/Ruang Solat
  7. Pilihan Kedai Cenderamata
  8. Pusat Membeli-Belah
1. Pilihan Tukaran Mata Wang
Berdasarkan pengalaman menetap di Brisbane selama 3 tahun, jika tukaran mata wang dilakukan di Brisbane/Gold Coast, ia adalah lebih mahal berbanding melakukan tukaran mata wang di Malaysia.  Sebaiknya beberapa minggu sebelum bertolak, cuba dapatkan pengurup wang yang menawarkan kadar termurah di Malaysia.  Dapatkan wang tunai Australian Dollar (AUD) yang dirasakan mencukupi.  Sekiranya anda mengenali sesiapa sama ada rakan atau saudara yang menetap di Brisbane, anda boleh juga cuba meminta bantuan mereka untuk menguruskan penukaran wang dengan para pelajar ataupun pemaustatin tetap Malaysia berdasarkan kadar tukaran semasa di Google.
Pihak Kastam Australia mensyaratkan bahawa apa-apa nilai wang tunai yang melebihi AUD10,000 perlu dilaporkan kepada pihak Kastam Australia sebaik mendarat di lapangan terbang.

2. Akses ke Lapangan Terbang
Satu-satunya lapangan terbang yang ada di Gold Coast adalah Coolangatta Airport (OOL).  Ada dua pilihan untuk pelancong Malaysia tiba ke sini.  Pertama sekali mestilah tidak lain tidak bukan melalui penerbangan tempatan, Air Asia.  Namun, untuk pelancong dari kawasan selatan Semenanjung Malaysia, mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan negara jiran Singapura, Scoot.  Laman web seperti SkyScanner dan Adioso amat berguna dalam memudahkan pencarian kadar tambang yang terbaik.  Bagi pelancong yang ingin menjadikan Brisbane sebagai salah satu destinasi di dalam itinerari pelancongan, mereka boleh juga memilih penerbangan dari KLIA (KUL) ke Brisbane (BNE) dari mana-mana perkhidmatan penerbangan dunia.

3. Pilihan Penginapan
Untuk mereka yang agak cerewet dengan makanan dan mahukan pakej yang memudahkan pergerakan meskipun tidak membeli pakej pelancongan yang sedia ada di Malaysia, terdapat beberapa pemaustatin tetap rakyat Malaysia yang menawarkan pakej yang hampir serupa. Contohnya seperti DI SINI dan SINI.  Biasanya mereka mengiklankan perkhidmatan mereka di dalam laman sosial seperti Facebook.
Selain itu, banyak pilihan penginapan yang boleh didapati melalui Agoda, AirBNB dan juga TripAdvisor.

4. Pilihan Pengangkutan
Kadangkala, pengendali perkhidmatan penginapan, pemandu pelancong dan pengangkutan ditawarkan sebagai satu pakej lengkap oleh beberapa pihak.  Contohnya seperti DI SINI dan SINI.  Terdapat juga pelajar-pelajar Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong dan airport shuttle.  Biasanya mereka mengiklankan perkhidmatan mereka di dalam laman sosial seperti Facebook.

Selain itu, pelancong Malaysia boleh juga memilih untuk menyewa dan memandu kenderaan sendiri di sini.  Penyewaan kenderaan boleh dilakukan sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang, dengan mendekati kaunter-kaunter perkhidmatan sewa kenderaan di lapangan terbang.  Walau bagaimanapun, seandainya tarikh percutian adalah di sekitar Disember, disarankan agar penempahan kenderaan dilakukan satu atau dua bulan lebih awal secara atas talian (online).  Ini kerana bulan Disember sehingga Januari merupakan bulan percutian yang amat panjang buat warga Australia, dan kadangkala permintaan pasaran tempatan untuk penyewaan kenderaan agak tinggi. Di antara syarikat perkhidmatan kenderaan sewa yang boleh dipercayai adalah Thrifty, Hertz, Avis dan Budget.  Jika penempahan kenderaan dilakukan secara atas talian, sebaiknya pilih syarikat yang berupaya untuk menyediakan pilihan untuk mengambil dan memulangkan kenderaan sewa di lapangan terbang.    Dan yang paling penting, pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh!

Perjalanan dari Brisbane ke Gold Coast akan melalui lebuhraya yang agak besar dan selesa.  Namun, pemandu perlu berhati-hati kerana had kelajuan di Australia adalah berbeza dengan Malaysia. Kadangkala terdapat pasukan polis peronda yang akan memantau kesalahan di atas jalan raya. Selain itu, lebuhraya M1 (M1 Motorway) menyediakan laluan yang tidak bertol. Elakkan dari mengambil laluan CLEM7 sekiranya anda tidak bersedia untuk membayar tol. Ini merupakan laluan di dalam terowong yang membawa pemandu merentasi sungai Brisbane melalui jalan di bawah tanah. Di kawasan bandar Brisbane pula, terdapat beberapa jambatan yang menghubungkan di antara kawasan Auchenflower (Utara) dan South Brisbane (Selatan).  Elakkan dari mengambil jambatan bertol seperti Go Between Bridge kerana terdapat jambatan alternatif yang tidak mengenakan sebarang bayaran.  Untuk memudahkan pemanduan, ubah konfigurasi peranti GPS yang biasanya disediakan oleh penyewa kenderaan dengan memilih pilihan "Tolls" di bahagian "Avoidance"

Sumber: iDownloadBlog

Sistem pengangkutan awam di Gold Coast dan Brisbane moden dan mudah, disebabkan jaringan perhubungan pengangkutan, lokasi stesyen/perhentian yang dekat dan kekerapan pengangkutan awam yang tinggi. Di Gold Coast, pelancong boleh memilih untuk menaiki bas dan trem untuk perjalanan dekat, ataupun keretapi untuk perjalanan jauh sehingga ke Brisbane, mahupun Sunshine Coast.  Manakala di Brisbane pula, jangan lepaskan peluang untuk menelusuri sungai Brisbane dengan menggunakan perkhidmatan feri sungai, CityCat.
Apa yang diperlukan adalah dua benda:
  1. Kad TRANSLink
  2. Translink App Journey Planner
5. Pilihan Makanan
Pengendali perkhidmatan pelancongan oleh para pemaustatin tetap rakyat Malaysia biasanya ada menyediakan pakej makanan sekali.

Sumber: QSRmedia.com

Sepanjang berada di Brisbane, jika makan luar, antara makanan kegemaran aku adalah kebab.  Ini juga merupakan pilihan makanan paling selamat untuk pelancong yang beragama Islam. Namun seandainya ragu-ragu, jangan segan untuk bertanya status makanan tersebut kepada pelayan kedai.  Ini kerana Australia juga memiliki beberapa badan pengesahan halal, dan biasanya pengendali makanan di Brisbane/Gold Coast peka mengenai isu makanan halal, allergi makanan dan juga isu vegan/vegetarian.  Masjid juga merupakan pusat rujukan yang baik berkenaan dengan isu ini.  Masjid Arundel contohnya, menyediakan ruang pengiklanan di mana terdapat banyak brosur-brosur makanan halal diletakkan.  Taman-taman tema di Gold Coast juga ada menyediakan beberapa makanan halal terpilih yang sentiasa dikemaskini maklumatnya dari masa ke semasa.  Pastikan anda mendapat maklumat terkini melalui kaunter pertanyaan di dalam taman tema tersebut.

Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant (Surfers Paradise) menawarkan juadah halal buat pelancong yang beragama Islam. Untuk perhatian, tidak semua makanan laut di Australia halal. Contohnya, ada yang memakan fish and chip tanpa menanyakan terlebih dahulu kandungan makanan kerana menyangkakan bahawa makanan laut adalah halal seadanya.  Walau bagaimanapun, penyediaan fish and chip di sini biasanya memerlukan alkohol seperti beer dicampurkan ke dalam adunan tepung.  Oleh itu sentiasa bertanya sekiranya anda ragu-ragu dengan status halal sesuatu makanan.

Seandainya pelancong memilih untuk memasak sendiri, pastikan bahawa pihak penginapan membenarkan tetamu untuk memasak.  Bilik hotel di sini dilengkapi dengan smoke detector.  Jika berbunyi, ada kemungkinan bahawa pihak penginapan akan mengenakan denda yang agak tinggi disebabkan mereka terpaksa menerima kunjungan kecemasan dari pihak bomba.  Terdapat bahan-bahan mentah yang halal disediakan oleh pasaraya-pasaraya terkemuka di sini.  Di antaranya adalah produk ayam berjenama Lilydale dan Steggles di pasaraya Coles.  Walau bagaimanapun, elakkan produk ayam yang siap diadun dengan rempah kerana kebarangkalian bahawa ada campuran bahan yang tidak halal digunakan.  Terdapat juga kedai daging (butcher) yang menyediakan sosej dan potongan daging ayam, lembu atau kambing halal di Gold Coast dan Brisbane (Wooloongabba dan Fortitude Valley).

6. Masjid/Ruang Solat
Di kawasan Brisbane, jangan melepaskan peluang untuk mengunjungi Masjid West End dan Masjid Holland.  Masjid-masjid disini memiliki senibina yang unik.  Masjid Arundel di Gold Coast juga memiliki senibina menarik dan menjadi tumpuan pada hari Jumaat.  Terdapat sebuah gerai makanan di kawasan masjid yang menawarkan aneka makanan ringan yang hanya dibuka seketika pada waktu siang, sepanjang solat Jumaat berlangsung.

Selain itu, taman-taman tema di sini turut menyediakan ruang bersolat.  Maklumat ini boleh didapati melalui peta yang disediakan oleh taman tema tersebut, ataupun dengan merujuk kepada kaunter pertanyaan di taman tema tersebut.

7. Pilihan Kedai Cenderamata
Sekiranya berada di Brisbane, jangan lepaskan peluang untuk meneroka kawasan Queen Street Mall. Queen Street menempatkan pelbagai kedai, pusat membeli-belah dan farmasi (chemist) yang menawarkan pelbagai produk dan cenderamata pada harga yang kompetitif.

Lokasi kedai cenderamata tersebut
Di Gold Coast pula, jangan lupa untuk singgah di sebuah kedai cenderamata yang dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia di sana yang amat ramah dan sedia menawarkan harga yang terbaik. Kedai tersebut terletak di bangunan sama yang menempatkan Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant  dan juga hotel Mantra Legends, Surfers Paradise.  Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak kedai cenderamata lain di sepanjang jalan Surfers Paradise Boulevard.

8. Pusat Membeli-Belah
Berikut disenaraikan beberapa pusat membeli-belah yang terkenal di kawasan Brisbane dan Gold Coast.

Brisbane
Westfield (Garden City & Carindale)

Gold Coast

Cukuplah setakat ini. Jika ada masa, entri ini akan dikemaskini sedikit demi sedikit.  Semoga maklumat yang ada ini membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk melancong ke Gold Coast dan Brisbane. 😉

Jumaat, Ogos 15, 2014

Edisi Terjah Sydney


Tahun pertama PhD di bumi beraneka marsupial ini diwarnai dengan peluang untuk membentang kertas kerja di Sydney.  Di sini aku kongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat Napi ambil.. 

Aku ni pelupa tau.  Sebab tu blog ini dibuat bagi memudahkan diri sendiri mengabadikan beberapa kenangan berharga ataupun pengetahuan berguna.

Edisi terjah Sydney bermula dengan penerimaan surat dari pihak penganjur yang mengkhabarkan berita gembira.  Kertas kerja ku diterima untuk dibentangkan di Doctoral Symposium.  Kecil sahaja taraf kertas kerja ini tapi nilainya yang memperakui hasil kerja keras PhD ku amat-amat tinggi di hati rasanya pada ketika itu.

Jika di Sydney, Malaysia Hall ada di Alison Road, Randwick.  Aku memohon melalui e-mel.  Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya mendapat sebuah bilik.  Penting di sini untuk memohon sebulan lebih awal bagi mengelakkan situasi gigit jari berlaku.  Dengan kadar yang luarbiasa murahnya, siapa pun pasti tak menolak.  Lebih-lebih lagi ada kantin Abang Sam yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari mengikut selera orang kita pada harga yang berpatutan.

Terdapat juga banyak pilihan makanan halal di sekitar UNSW seperti di Randwick sendiri, dan di sepanjang Anzac Parade, Kingsford dan Kensington.  Siapkan jelah duit andai kata tak gusar dengan kadar tukaran matawang semasa.

Kami mengambil penerbangan Jetstar dari Brisbane ke Sydney.  Menggunakan kereta yang disewa dan kemudiannya dipulangkan semula di lapangan terbang Sydney, kami menuju ke Malaysia Hall Sydney.  Cuaca di bulan April agak tidak menentu dengan hujan yang kerap dan suhu yang agak sejuk.  Mujur ada makanan yang disediakan oleh Abang Sam.  Tidak susah-susah kami keluar mencari makanan ketika hujan.



Hotel penganjur terletak di seberang jambatan Sydney Harbour, di belakang Luna Park Sydney je.  Persidangan berakhir pada hari Jumaat dengan banyak maklumbalas berguna diperolehi untuk menambahbaik hasil penyelidikan PhD ku.  Kemudian sebelum pulang kami mengambil peluang berjalan-jalan ke Paddy's Market untuk membeli buah tangan buat kenang-kenangan.  Kami bersolat di Surry Hills Mosque yang kedudukannya agak tersembunyi.  Mujur ada panduan dari peranti GPS kami.


Selepas itu Darling Harbour menjadi pilihan untuk membawa anak-anak merasai feri dan melihat sendiri Sydney Opera House.

Inilah perkongsian kali ini.








Memang tak puas disebabkan kami terikat dengan komitmen lain.  Mungkin lain kali ada rezeki untuk kembali dan pergi melawat Bondi Beach pula, salah satu destinasi yang terpaksa dilupakan pada waktu itu disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Jumaat, April 15, 2011

Terjah Hong Kong! Edisi 3 [Tamat]

Setelah lama bersawang.. biarlah aku habiskan cerita ni. Untuk baca entry2 yang sebelumnya, cuba klik sini:

Kembali ke Terjah Hong Kong! Edisi 3, pagi hari ketiga aku dan Napi tak bertangguh terus berkemas dan menguruskan proses check-out di kaunter. Check-out awal memang sangat2 penting.. sebab kalau tak kena gaya, boleh terlepas flight jadinya. Dan itulah yang nyaris-nyaris terjadi kepada kami berdua.

Masa check-out, kami cuma bayar kos wifi sahaja sebab kos penginapan memang dah settle masa booking melalui Agoda. Memang convenient Agoda tu, siap boleh kumpul point lagi.. Jadi ada la lagi duit nak shopping.. Kitorang guna business centre dalam Hotel Guangdong ni untuk membuka laman web Air Asia dan mencetak itinerari penerbangan Air Asia. Bayaran macam kat cc mesia je, tak silap RM5 selepas convert kot. Kemudian Napi request kat concierge untuk tinggalkan sementara luggage kami di hotel, sebab kami nak keluar sekejap mencari souvenir.. Ingat tak kat entry sebelum ni, aku tak sempat beli apa-apa pun dekat Ladies Market disebabkan waktu dan cuaca yang tidak mengizinkan (Ladies Market buka malam je, dan masa tu hujan).  Tapi takpe, kali ni kami terjah tempat lain pula: Chungking Mansion. sebab kami dapat tips dari forum Cari yang ada satu kedai di Chungking Mansion menjual cenderamata murah..

Bertentangan dengan hotel kami ada McD.. terliur gak la.. tapi pasti lah tak halal kan, jadi kami sarapan di Ebeneezer's (kalau tengok gambar di entri pertama, Ebeneezer's ini di sebelah McD je pun).  Lepas sarapan, kami buka map, dan kami berjalan kaki mencari Chungking Mansion. Tak jauh pun, ada dalam 10 minit jalan kaki.. Bila ramai pejalan kaki rasa tak segan pulak, makin seronok ada la.. Selamba je lalu lorong2 belakang, kalo di KL sendiri kecut perut aku nak lalu. Tapi pasal memang ramai orang, tak takut la.. bersih pun ye.. sangat bersih..
Bila dah semakin hampir tu, ada juga berselisih dengan beberapa orang Arab dan Afrika yang bagi flyers untuk restoran halal. Memang Chungking Mansion terkenal dengan pelbagai restoran halal dan budget hotel..  Sepanjang berjalan kaki tu, bersepah-sepah polisnya.  Jadi memang tak takut langsung la.. Siap window shopping di beberapa shopping mall kat kawasan tu.. Mana2 pun ada mall, design pun bermacam2.. Tapi sebab dah ada tujuan, tak singgah lama la..

Chungking Mansion. Memang bermacam-macam kaum yang ada dalam tu. Kami hanya berpusing2 di ground floor dalam bangunan yang tak berapa besar tu.. Akhirnya kami terperasan kedai satu ni, keychain memang murah sangat, jauh lagi murah dari Ladies Market. Auntie owner pun sangat baik hati dan ramah (tak macam Ladies Market, dia kata aku gila (qi xin) minta harga murah, lepastu dah tak nak layan).  Auntie owner siap bagi free gift lagi. Apa lagi, borong la..

Tapi baru dapat keychain je, hati tak puas ni.. Keluar je kami dari Chungking Mansion, kami singgah ke lorong di tepi Chungking Mansion. Ada "kedai celah".  Aku panggil camtu sebab kedai tu terselit antara Chungking Mansion dengan bangunan sebelah.  Aku borong baju tidur ala cheong sam bersulam... Sepasang untuk Hanif, sepasang untuk Ina (adik Napi) dan sepasang untuk Ika (anak buah Napi). Napi menggunakan mulut manisnya dan "negotiating skill" (aku rasa skill ni memang anugerah semulajadi kot untuk sesetengah orang, aku cam takde je skill ni huhu) untuk mendapatkan harga terbaik dari penjual baju tersebut.  Dapat la diskaun.. Kemudian, kami tambah lagi beberapa belas fridge magnet.. Gadis penjual tu siap tolong keluarkan stok baru bagi pilih2.. dapat diskaun lagi.. tambah lagi free gift cermin solek.. Memang tak luak duit, berapa je abis ek, aku dah tak ingat (tu la tangguh lagi cter, kan dah lupe).. Tapi yang pasti kami masih boleh tukar semula duit HKD bila balik Malaysia.
On the way balik ke hotel, kami sempat singgah lagi satu kedai cenderamata untuk membeli beberapa payung comel ala-ala patung gadis kimono Jepun. Sebenarnya, payung ni baik beli di Ladies Market sebab di sana payung ni lagi murah.. tapi kami beli juga la sebab dah terminat walaupun kat kedai ni fixed price, tak boleh kurang.

Sampai hotel ada lagi 2 jam sebelum check-in flight. Masa sampai dulu, kami naik bas dari airport ke hotel, jadi kali ni kami membuat keputusan untuk menaiki MTR dan airport express ke airport pula.

Ia merupakan satu keputusan yang nyaris-nyaris memakan diri kami. Rupa-rupanya nya stesen MTR bawah tanah tu punya la besar dan bersambung-sambung.. Jadi banyak masa habis nak berjalan kaki ke stesen MTR.. Punya la penat nak drag luggage tu.. dah la susah nak lepaskan luggage tu di bar penghadang laluan tiket tu.  Napi dah angin dah.. aduhai.. keluar lagi idea bernas kan..

Tambahan pula, orang lain masing-masing punya la laju berjalan.. Kami pulak dah macam kusut-kusut la kan. Sekali tengok jam.. Alamak! Lamanya masa amik, sampai tinggal kurang 1 jam setengah je lagi! Berdesup gak la.. Memang sangat complicated jalan kat stesen MTR ni nak ke airport express, naik escalator, turun tangga, pastu naik lif pulak.. sampai lenguh2 Napi heret luggage. Bila dah dapat naik airport express ni rasa lega la sangat2.. tapi masa tu dah tinggal 40 minit je nak check-in.. Memang senang naik bas jela lain kali..

Kemudian dari airport express pun bercinta nak sampai kaunter check-in, dan seterusnya ke boarding gate. Airport besar, kitorang memang dah gelabah dah.. Sampai berlari-lari kami.. Patut la selama ni aku kadang2 nampak orang berlari-lari di airport.  Nak kejar boarding gate rupanya.. Ni dah kena batang idung sendiri.. Ada juga beberapa penumpang yang senasib dengan kami haritu.. Sampai tanggal2 tapak kasut sport aku berlari.. Dan benda yang tak diduga terjadi sebaik sampai kat situ.. Boarding gate dipindahkan di saat2 akhir! Kaunter check-in pulak boleh bagi no boarding gate lama (padahal baru 5 minit check-in). Nasib baik kat boarding gate lama tu ada screen yang papar no boarding gate baru. Nasib tak baik boarding gate baru tu pula terletak dekat hujung lagi satu. Apa lagi,  berlari-larilah lagi kami sekali lagi..
Nasib baik flight delay.. masa kami sampai tu tinggal 10 minit sahaja dari masa berlepas. Dan kami rupanya antara penumpang yang terawal huhu.. siap dapat beratur depan lagi.. Dah duduk lama diam-diam dalam plane pun tak gerak-gerak lagi.. Oooo tunggu orang lagi rupanya... Dan lepas penumpang terakhir masuk, plane pun berlepas meninggalkan bumi HK.. Penamat yang agak mendebarkan untuk hari terakhir di HK.. Kejadian ni dah pasti menjadi pengajaran untuk aku dan Napi tentang betapa pentingya untuk sampai awal di airport.

Sampai di LCCT dah malam, takde flight ke JB malam-malam.. Nak balik JB flight pukul 6 pagi.. Sambil2 jalan kat tarmac tu Napi kutip sesuatu. Dia bagi aku getah rambut buat ikat kasut aku yang dah tersenyum tu. Nasib baik ada Napi.. Aku sampai dah naik segan nak heret kasut tu huhu.. Aku dan Napi pun menyertai ribuan penumpang lain yang tersadai di LCCT mencari ruang untuk melelapkan mata.. hampir penuh semua kerusi yang dijadikan ruang berbaring sementara menunggu waktu berlepas tiba. Memang tak berapa selesa la, tapi nak buat macam mana kan, waktu transit kami bukan lama mana pun.

Nak sembahyang subuh kat surau LCCT pun muat2 dua orang je sebab surau dah jadi port tidur... Tapi aku memahami la sebab ada yang bawak baby.. Dalam-dalam nak solat tu sempat lagi aku belek-belek muka comel baby tu tidur.. Berani betul mak dia neh, dah la anak ko comel.. Kalau orang ambil bukannya perasan pun.. aku tengok masing2 nyenyak semacam je... Teringat kat Hanif lak masa tu.. Semoga Allah melindungi baby yang tengah tidur ni dari sebarang perkara yang tak diingini..
Lega nye bila dah sampai airport Senai, airport kecik memang tak banyak amik masa la, sekejap je dah check-out. Alhamdulillah luggage semua ada.. Bukan apa, stigma bila baca kes-kes kehilangan luggage bila ambil penerbangan tambang murah ni.. Pukul 7.30 pagi tu, Along dan Kak Umi datang bawak Hanif sekali.. Hanif tengah tidur.. Bila Kak Umi bagi Hanif kat aku, Hanif terbangun.. Terus dia merengek2 nampak aku.. Tak nak lepaskan pelukan.. Takut kena tinggal lagi gamaknya..
Kesian Hanif.. mesti dah rindu sangat-sangat dah.. Memang tak pernah berenggang la katakan.. Tiba-tiba kena tinggal 4 hari.. Nasib baik kecil lagi, senang la Pak Long nak pujuk hehe..

Kesimpulannya, walaupun ada sesetengah tempat yang aku dan Napi nak pergi tapi tak kesampaian, kitorang rasa puas dapat explore HK dengan sendiri.. dapat rasa naik MTR dan bas ke sana sini, naik feri, ding dang tram, berinteraksi dengan orang yang dah lama bermaustatin di sana, melawat masjid Wan Chai dan merasa sendiri makanan halal kat sana.. Rasa-rasanya kalau ada kesempatan memang nak pergi dengan Hanif pulak, dan kitorang tetap nak berjalan sendiri sebab dah merasa kebebasan dan keseronokan berjalan sendiri di HK. Cuma mungkin lain kali tentatif perjalanan tu akan lebih dimantapkan untuk memastikan masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya..

Beberapa tips untuk yang merancang nak pergi sendiri..
  • Survey harga tiket flight SELALU. Walaupun masa agak suntuk, kadang2 boleh dapat harga berpatutan dan harga tiket memang berubah-ubah. Kalau rasa memang dah dapat pilihan paling murah, jangan teragak-agak nak book.
  • LUASKAN PILIHAN masa nak book tiket.  Tak semestinya naik dari airport yang paling dekat dengan kita, dan tak semestinya menggunakan syarikat penerbangan tempatan sahaja. Kadangkala ada offer yang lebih menarik dari airport berlainan dan dari syarikat penerbangan berlainan.
  • (Untuk penerbangan tambang murah) Kalau flight yang lama (lebih 3 jam), PASTIKAN membuat PRE-ORDER untuk in-flight meal walaupun mahal (RM12).  Percaya la, memang rasa berbaloi daripada dah duduk dalam flight, terbau makanan sedap-sedap dan akhirnya membeli dalam flight tu (lagi la mahal). Ataupun sebagai langkah berjaga-jaga, PASTIKAN makan kenyang-kenyang sebelum boarding.
  • (Penerbangan tambang murah) Kalau flight yang lama (lebih 3 jam), orang yang tinggi2 cam Napi (lebih kurang 1.75 m) baik amik hot seat terus. Memang sakit jiwa kalau duduk standard seat nanti. Lebih menakutkan kalau terkena DVT (Deep Vein Thrombosis).
  • (Penerbangan tambang murah) Untuk yang book tiket bersama (i.e. couple or group), kapasiti checked-in baggage boleh SHARE. Tak perlu beli extra weight untuk luggage/upgrade checked-in baggage weight.
  • Rajin-rajin la melawat forum online atau blog yang ada entry pasal travelling. Yang terkini lagi bagus, supaya kita tahu ape isu semasa kat destinasi kita tu. Contohnya suhu, cuaca, penyakit, bencana, polisi imigresen, tempat makan, harga, bajet nak belanja dan sebagainya.
Ok, harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu..

Terjah Hong Kong! Edisi 2

Okeh kat mana kita berenti aritu? Ooo hari kedua.. pas tido dalam keadaan kesejukan.. brrr.. masa tu cuaca 19 degree C, tak yah pasang aircond pun.. Dah la kat hotel Guangdong tu takde wifi free, kena beli online prepaid.. maknanya masa connect wifi, pilih la nak pakej 1 jam ke, 3 jam ke, 1 hari ke.. nanti masa check-out baru dia caj.. Oleh sebab tu takde la nak stay-up lelame sangat.. layan tengok tv, buka NHK.. masa tu kan gempa.. dah la si Eli kat sana lagi.. tapi lama2 tv yang tengok kitorang.. wakaka.. mentang2 la karen hotel.. ok banyak cer lak.. tido2..

Hari ke-2, pagi2 tu sarapan nasi goreng segera.. camner leh wat nasi goreng lak ni? Caranya aku rebus ketupat segera mini (tips dari Cik Kerry) guna traveller cooker.. Ehsan dari mak aku.. Tak lama, jap je dah masak.. Tapi tak tunggu sampai hancur la beras ketupat tu.. Kemudian aku keluarkan isi dia (masa ni dalam bentuk nasi lagi, tapi memang dah masak betul).. aku gaul dengan planta (bawak dari mesia) ngan perencah nasi goreng seri aji.. masuk balik dalam travel cooker.. Jadi la nasi goreng segera... Makan dengan kari ayam tin..

Sesudah kekenyangan.. aku menunaikan tanggungjawab berconference.. tapi oleh sebab topik tak berkaitan (conference ni multiconference, bermacam2 bidang kejuruteraan) jadi ada gak la yang tak tengok.. abis tu tengok pe?? tengok kat bawah ni la..


Napi kata duit HK ni unik sangat2.. korang perasan tak not HKD20 tu ada 3 versi berlainan? Ha jangan terkejut kalo sok2 tukar duit dapat camni.. tapi memang aku penah tengok kat NatGeo pun.. Not HKD ni cetakan dia bergantung pada bank yang cetak not ni.. Kalo kita cuma ada Bank Negara je, kalo HK tak silap ada 3 ke 4 bank kot yang boleh cetak duit..

Pastu aku lepak kat Centenary Garden ni sebab on the way balik ke hotel.. Walaupun orang sana cam dah tak heran, aku tetap nak kagum gak.. Cantik bunga2 kat HK ni.. bunga bermusim la katakan.. tapi yang kelakarnya ada pokok2 hiasan cam pokok petai.. cuma petainya kurus2, tak lebar cam petai kat mesia hehe.. Masa ni tengah lapar, dok makan Sneakers je.. Cuaca sejuk2 ni perut lapo memanjang..

Habis mengunyah.. kitorang main redah je bas kat situ.. tapi memang dah ada route information kat bus stop.. Kalo dah pasti destinasinya, InsyaAllah tak sesat nyer.. Kitorang nak gi satu tempat ni.. ada kaitan dengan Sneakers tadi huhu.. Sekali 8 minit je naik bas.. ceh dekat rupanya.. Turun katne ek.. Kat jeti la.. pe lagi kitorang naik feri la.. nak ke HK Island.. kitorang ni bukan kat pulau HK, kena seberang dulu baru sampai pulau.. Pakai kad Octopus gak bayar.. Canggih dan mudah betul..

Tak sampai 10 minit dah sampai pulau. Pastu main redah lagi naik bas, sebab bus stop memang depan jeti je.. Buat selamba je tanya sana sini.. Tourist kekdahnya.. diorang pun dah faham.. Berpandukan peta, kitorang menuju Wan Chai.. tapi rupanya terturun awal kot.. jadi jalan kaki la cuci mata.. sejuk tul angin dia.. last2 dah tak tahan aku masuk satu butik ni cari mafela.. Nasib bek ada offer, dapat la HKD39.. K dah selesa sikit nak sambung perjalanan..
Dalam berjalan tu banyak betul Ding Dang Tram.. yang dua tingkat kat belakang tu.. balik nanti baru naik ah.. Explore dulu..

Akhirnya sampai la kat destinasi.. Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre.. Betul2 belakang hotel Charterhouse.. Kat sini la baru leh cari pengganti Sneakers, kat bawah ni ha.. Kitorang makan Kuey Tiaw Goreng dengan Nasi Putih+Kerapu Sweet Sour.. ek eleh cam bese je menu ek.. kat mesia pun ada, ye tak.. tak la.. specialnye dimsum sebenarnya tapi pagi sampai tengah hari je.. aku lak memang teringin nak makan KTG Chinese style, tu yang minta tu.. siap minta taknak taugeh.. pening auntie tu melayan permintaan aku.. Pastu terpaksa tapau udang goreng tepung dia.. sebab portion memang besau... tak terabis.. Haw sek aa... Mmm Koy Saiii...

Satu peringatan penting.. Kat HK ni memang kena bawak wet tissue memanjang.. paling penting.. Toilet kat masjid pun takde pili air tau.. Ada toilet roll je.. Takpun agak2 tak selesa guna wet tissue tu leh gak standby botol kosong wat isi air kat sinki sebelum masuk toilet..

Masa balik dari situ dah gelap dah.. Tapi sempat gak tangkap gambar ni sebab signboard ni je yang unik.. Tiada yang seumpamanya.. Hehehe..

Dari masjid kitorang naik Ding Dang Tram.. uniknya stesennya di tengah2 jalan raya.. pasal tram ni memang dok kat tengah je.. pakai Octopus Card lagi.. Mesti cuba tram ni walaupun sekali, tak rugi.. Rasa antik betul tram tuh..

Nak balik seberang kitorang amik MTR lak.. MTR ni lalu bawah laut woo... Tapi tak rasa la pun sebab laju.. Yang menariknya kat stesen MTR ni ada vending machine jual payung.. Tapi payung bukan sebarang payung.. Ini payung typhoon resistant.. Siap ada video tunjuk demo orang pakai payung ni masa angin kencang.. peh... Tapi tengok rege payung.. Lagi peh.. HKD 69 kot.. Camne pun payung jek.. Sudahnya tangkap gambo je la..

Ok dah lepak dah.. Tapi kaki nak berjalan lagi.. Turun stesen Mongkok, gi la Ladies Market.. umat memangla teramat ramai.. Mongkok la katakan.. jadi tak baper selesa nak shopping.. Sudahnya bila hujan gerimis terus hilang mood nak beli souvenir.. Balik la apa lagi.. Tidor2 sok pagi nak present..

Nanti kita sambung Terjah Hong Kong! Edisi 3 lak..

Jumaat, April 01, 2011

Terjah Hong Kong! Edisi 1



Bersama aku kali ni dalam entry Terjah Hong Kong! Edisi 1. Bukan saja-saja pergi membakar duit nih, tapi kerana tanggungjawab dan untuk memenuhi impian akademik aku. (Dah la.. aku ngaku jela aku nak cuci2 mata gak kan..)

Memandangkan aku dah bayar pun yuran pembentangan conference tu, aku pikir rugila tak pergi kan? Sambil2 menyelam minum air. Sambil2 networking cuti2 luar mesia sekali la. Dah la memang ada passport merah, lagi la mencanak2 keinginan nak tengok cop imigresen HK tu kat halaman dalam passport aku.. So off we go..

Kitorang naik dari Senai. JB-KL pastu baru KL-HK. Kebetulan tambang JB-KL, KL-JB tengah murah.. Memang senang la, takde la penat2 drive.. sampai2 LCCT lepak2 makan tgh hari dulu.. Flight lagi 3 jam, bagasi lagi 2 jam nak depart dah leh check-in. Memang takde la nak jalan jauh2.. Dalam LCCT tu je la cuci mata.. Kemudian kami check-in bagasi.. cukup masa, boarding la..

Dalam menunggu nak berlepas tu, Napi sempat pesan,"Yang, jangan lupa baca doa naik kenderaan.." katanya.. Dalam berdoa hati tengah berdebar2 ni.. Mudah2an selamat pergi selamat sampai.. Amin..


Ni aku nak habaq ni, kalau nak naik Air Asia untuk perjalanan jauh, elok sangat la invest skit amik hot seat. Nak lagi selesa amik yang dekat emergency exit, memang luas sikit berbanding hot seat lain dan standard seat. 4 jam nak melayan seat Air Asia ni.. aku yang kecik ni pun lenguh2 badan jadinya, inikan orang tinggi lampai cam Napi.. huhu.. tapi apekan daya.. ni je termampu.. Seat kitorang ni kat tengah2, betul2 sebelah sayap airbus ni..


Kitorang amik gak pre-book meal. Mahal ek? Tapi memang berbaloi. Korang bayangkan 4 jam tak makan. Memang la sebelum naik flight dah makan.. Tapi kalau dah masa makan tu satu flight bau harum semerbak.. perut sape yg tahan.. Alamatnya masa tu memang ramai la yang terpaksa bayar extra bila beli on the spot. Tapi biasanya kalau tak pre-book memang stok tak banyak, jadi ada gak yang aku tengok sampai sanggup beli Maggi cup sebab meal lain dah habis.. Sedap memang sedap.. Tapi biasa la, portion orang kita.. tecit!

Masa touchdown tu rasa lega sangat.. sebab keadaan sebelum tu berkabus.. dah la awan banyak.. memang visibility rendah.. dah la pertama kali naik flight 4 jam.. memang sangat mendebarkan..

Turun2 dah ada anjing tunggu.. Boleh lak pegawai tu tahan aku soh anjing dia "bagi salam perkenalan" kat aku.. hampeh amoi nih.. orang nak cepat nak check-in hotel lagi la ditahan2.. Kat imigresen lak ramai.. tapi laju gak la.. pas je imigresen terus capai pamplet2 kat information counter. Telefon hotel bagitau baru sampai.. Pastu gi beli octopus card kat kaunter sebelah airport express..


Tak naik pun airport express tu walaupun kitorang ni dah agak lewat.. agak2 sebab tengah feeling adventurous kekdahnye.. pi la cari terminal bas A21. Buat2 cam dah bese naik bas.. sambil2 terserlah gaya pelancong dengan menangkap gambar dalam bas hu.. Tapi memang senang naik bas.. ada wifi free, jadi dalam bas pun sempat cek stesen mana nak turun..  tak susah pun, buka Google Map je, siap ada 360 degree view, maknamya kita tengok camner rupa sebenar tempat kita nak pergi tu.  majunye hk..  tambahan lagi, dalam bas tu pun ada bagitau next station.. jadi tak baper ralat la.. ramai je bawak beg bagasi tu naik bas, jadi tak la rasa segan sangat.. ada ruang khas untuk letak beg lagipun..


Sesampai bus stop Chatham Rd South, turun la dengan beg beso tu.. Dari bus stop tu dah tak jauh dah hotel.. tak sampai pun 100 meter.. jalan sikit pastu belok kiri masuk Prat Avenue.. tu yang best tu hehe.. rasa lega sangat2 bila dah check-in.. Dan oleh kerana check-in agak lewat, bilik asal dah penuh.. isk3.. diorang bagi bilik lain.. twin bed.. tak best la kena tido asing2.. tapi yang best nya free upgrade.. dari superior kitorang dapat executive lak..
dan yang paling best.. kedai makan halal depan mata je.. Ebeneezer's!

Memang lokasi best la, Ebeneezer's depan mata.. kedai ni memang dapat persijilan halal dari badan khas, Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong. Selain tu, ada dua 7-eleven berdekatan.. dan yang memeranjatkan.. ada underground convenient store! susah nak perasan kedai ni sebab dia satu-satunya tangga turun ke bawah.. kedai lain semuanye ground level.. bukan terkejut sebab dia underground! tapi sebab dia banyak jual produk Made in Malaysia! takyah susah2 den.. tapi rege standard la ikut currency sana nye.. takleh la nak dok banding ngan rege kat Giant kat sini huhu..

Pastu makan kat Ebeneezer's tu portion beso.. jadi terkejut gak.. sampai terpaksa tebalkan muka minta tapau hehe.. nasib bek staf tu cam understanding gak.. Jadi pas kenyang perut tido la kitorang.. sok pagi nak conference.. Tapi nasib bek bukan hari presentation.. Nanti sambung citer kat Terjah Hong Kong! Edisi 2 lak..