Selasa, Oktober 20, 2009

What is my baby doing...?

Dah masuk bulan ke-5 ni dah gagah sket la.. dah berani nak jalan2 sana-sini & lasak2 sikit. Dulu aku takut nak drive, sebab aku ni gelabah.. takut terkejut2 je.. skang dah ok dah.. siap drive malam aritu.. adik aku lak yang takut tengok hu.. Masa 1st trimester takde morning sickness, ingatkan 2nd trimester ni nak kena.. tapi setakat ni alhamdulillah..

Si kecil ni pun dah gerak2 dari bulan ke-4, tapi masuk bulan ke-5 baru terasa pergerakannya. Malam minggu lepas aku & Napi tak keluar pun, kitorang habiskan masa tengok perut aku, rasa seronok lak tengok perut bergegar time si kecil ni tendang.. Macam mana ye nak describe perasaan tu, geli pun ada.. macam kene geletek dari dalam.. Letih pun ada, lebih2 lagi kalau si kecil ni tak duduk diam.. Kalau Napi letak tangan atas perut & bercakap dengan dia, lagi la teruja si kecil ni.. Aku yang letih melayan! Ada sekali tu aku letak tangan Napi kat perut masa nak tido, sekali si kecil ni lak beriya-iya tendang.. terpaksa la aku tolak tangan Napi.. kang tak tido aku nanti melayan kerenahnya..

Ada sekali tu aku terfikir, apa agaknya aktiviti si kecil ni masa dalam perut aku ni? jadi aku pun saja2 google.. Ni jawapannya.. Nak tergelak pun ada rasa..
Closer to birth, the fetus sleeps 85 or 90% of the time: the same as a newborn.
Abis tu rajin jek gerak? Tu tengah tidur ke atau sedar?
Awake or asleep, the human fetus moves 50 times or more each hour, flexing and extending its body, moving its head, face, and limbs and exploring its warm, wet compartment by touch. Heidelise Als, Ph.D., a developmental psychologist at Harvard Medical School, is fascinated by the amount of tactile stimulation a fetus gives itself. “It touches a hand to the face, one hand to the other hand, clasps its feet, touches its foot to its leg, its hand to its umbilical cord,” she reports.
Along with such common movements, DiPietro has also noted some odder fetal activities, including “licking the uterine wall and literally walking around the womb by pushing off with its feet."
Maknanya masa tidur pun si kecil ni gerak2 & buat macam2 la rupanya.. Jangan buat benda pelik2 udah la ye.. Si kecil ni boleh respond ke ikut emosi mak dia?
Fetuses react sharply to their mother’s actions. “When we’re watching the fetus on ultrasound and the mother starts to laugh, we can see the fetus, floating upside down in the womb, bounce up and down on its head, bum-bum-bum, like it’s bouncing on a trampoline,” says DiPietro. “When mothers watch this on the screen, they laugh harder, and the fetus goes up and down even faster. We’ve wondered whether this is why people grow up liking roller coasters."
Patutla masa mengandung ni kena kawal emosi.. Habis tu si kecil ni boleh kenal ke suara mak & ayah dia?
Fifer has found that fetal heart rate slows when the mother is speaking, suggesting that the fetus not only hears and recognizes the sound, but is calmed by it.
DeCasper and others have uncovered more mental feats. Newborns can not only distinguish their mother from a stranger speaking, but would rather hear Mom’s voice, especially the way it sounds filtered through amniotic fluid rather than through air. They’re xenophobes, too: they prefer to hear Mom speaking in her native language than to hear her or someone else speaking in a foreign tongue.
Macam2 rupanya kebolehan si kecil ni.. patut la kalo aku cakap2 sambil pegang perut, molek je respond si kecil ni.. Seronok baca artikel ni, ada lagi info yang menarik.. nak baca artikel penuh klik je la link kat bawah ni ye..


Minggu depan ada temujanji USG dengan Dr. Saidatun di PKU UTHM.. Tak sabar rasanya nak tengok rupa & riak muka si kecil ni. Kalau tak puas, ingat nak ajak Napi pergi scan kat Pantai.. Ada kawan kata dapat tengok clear & colour.. Kawan aku dulu dah bulan ke-8 baru nak scan, dokternye kata susah nak tengok muka sebab baby dah besar, dah susah nak pusing.. Dokternya suggest bulan ke-6 paling sesuai untuk tengok rupa si kecil ni..

Jumaat, Oktober 09, 2009

Please Come Again Later

Maaf, setakat ni saya belum ada keinginan untuk menjual apa-apa barang.  Sekiranya ada, pasti bahagian ini akan dikemaskini dengan gambar-gambar produk yang menarik.  See ya!

Isnin, Oktober 05, 2009

Di Sebalik Tragedi Gempa Bumi Padang..


Sedih dan simpati bila tengok berita semalam.. Ada footage mayat seorang budak kecil bercermin mata tertimbus di sebalik timbunan konkrit.. Suasana di Padang nampak kacau bilau.. Tengok pasukan SMART pun macam blur2 je nak mula operasi kat bangunan yang mana. Orang-orang awam paling kesian, mengikut laporan berita pasukan penyelamat lebih tumpukan kawasan elit berbanding kawasan penduduk awam dan kampung-kampung.. Sedangkan bangunan yang runtuh bukan di kawasan elit je.. Mungkin kerana kekurangan kelengkapan dan bilangan anggota penyelamat yang tidak mencukupi. Ditambah pula dengan sebilangan masyarakat yang tertekan lalu nekad menceroboh gudang bekalan bantuan makanan untuk mengambil sendiri bekalan makanan. Ini terjadi gara-gara tak mendapat bantuan makanan seperti yang dijanjikan. Di sebuah kampung hampir 300 jemputan termasuk pengantin perempuan tertimbus dalam runtuhan di sebuah majlis perkahwinan. Penduduk kampung cuma mampu gali guna tangan je, kelengkapan tambahan takde. Tambahan pula kampung di pedalaman.. Walaupun masjid dah runtuh, penduduk nya masih tabah mengadakan solat Jumaat secara berjemaah dia hadapan tapak runtuhan masjid..

Di sebalik kebolehan Indonesia yang dah berpengalaman melalui berpuluh-puluh bencana sebegini, namun dari sudut pandangan luar kelihatan pengurusan pasca bencana sangat celaru.. Ada pula pihak yang ambil kesempatan menaikkan harga tiket kapal terbang dari Padang ke Jakarta sehingga 3 kali ganda. Macam mana dengan bekalan air dan tempat tinggal sementara? Bekalan api sudah semestinya lumpuh. Kelihatan banyak visual penduduk yang duduk di hadapan rumah masing-masing yang dah roboh. Seolah-olah tiada pusat penempatan sementara. Bagaimana agaknya perasaan pelajar-pelajar Indonesia di sini yang mempunyai saudara-mara di Padang, bagaimana pula perasaan rakyat Malaysia sendiri yang mempunya kenalan, sahabat-handai dan saudara di sana.. Tentu saban hari asyik menantikan khabar berita dari sana..

Bagaimana pula jika keadaan serupa menimpa Malaysia? Mampukah kita menghadapi dugaan sebegini besar? Mampukah kita berfikiran secara rasional pada waktu itu.. Bermaknakah semua harta benda material yang kita ada pada waktu itu.. Wallahualam.. PBB menganggarkan kematian melebihi 1000 orang, manakala 3000 - 4000 orang masih lagi terperangkap.. Takziah diucapkan kepada penduduk Padang, Indonesia. Semoga yang telah pergi dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi-Nya. Semoga yang masih terperangkap di sebalik timbunan runtuhan bangunan dapat segera diselamatkan.. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan penyelamat dan para sukarelawan yang berkhidmat di sana. Semoga lebih banyak bantuan dapat disalurkan ke sana secepat mungkin..