Isnin, Oktober 05, 2009

Di Sebalik Tragedi Gempa Bumi Padang..


Sedih dan simpati bila tengok berita semalam.. Ada footage mayat seorang budak kecil bercermin mata tertimbus di sebalik timbunan konkrit.. Suasana di Padang nampak kacau bilau.. Tengok pasukan SMART pun macam blur2 je nak mula operasi kat bangunan yang mana. Orang-orang awam paling kesian, mengikut laporan berita pasukan penyelamat lebih tumpukan kawasan elit berbanding kawasan penduduk awam dan kampung-kampung.. Sedangkan bangunan yang runtuh bukan di kawasan elit je.. Mungkin kerana kekurangan kelengkapan dan bilangan anggota penyelamat yang tidak mencukupi. Ditambah pula dengan sebilangan masyarakat yang tertekan lalu nekad menceroboh gudang bekalan bantuan makanan untuk mengambil sendiri bekalan makanan. Ini terjadi gara-gara tak mendapat bantuan makanan seperti yang dijanjikan. Di sebuah kampung hampir 300 jemputan termasuk pengantin perempuan tertimbus dalam runtuhan di sebuah majlis perkahwinan. Penduduk kampung cuma mampu gali guna tangan je, kelengkapan tambahan takde. Tambahan pula kampung di pedalaman.. Walaupun masjid dah runtuh, penduduk nya masih tabah mengadakan solat Jumaat secara berjemaah dia hadapan tapak runtuhan masjid..

Di sebalik kebolehan Indonesia yang dah berpengalaman melalui berpuluh-puluh bencana sebegini, namun dari sudut pandangan luar kelihatan pengurusan pasca bencana sangat celaru.. Ada pula pihak yang ambil kesempatan menaikkan harga tiket kapal terbang dari Padang ke Jakarta sehingga 3 kali ganda. Macam mana dengan bekalan air dan tempat tinggal sementara? Bekalan api sudah semestinya lumpuh. Kelihatan banyak visual penduduk yang duduk di hadapan rumah masing-masing yang dah roboh. Seolah-olah tiada pusat penempatan sementara. Bagaimana agaknya perasaan pelajar-pelajar Indonesia di sini yang mempunyai saudara-mara di Padang, bagaimana pula perasaan rakyat Malaysia sendiri yang mempunya kenalan, sahabat-handai dan saudara di sana.. Tentu saban hari asyik menantikan khabar berita dari sana..

Bagaimana pula jika keadaan serupa menimpa Malaysia? Mampukah kita menghadapi dugaan sebegini besar? Mampukah kita berfikiran secara rasional pada waktu itu.. Bermaknakah semua harta benda material yang kita ada pada waktu itu.. Wallahualam.. PBB menganggarkan kematian melebihi 1000 orang, manakala 3000 - 4000 orang masih lagi terperangkap.. Takziah diucapkan kepada penduduk Padang, Indonesia. Semoga yang telah pergi dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi-Nya. Semoga yang masih terperangkap di sebalik timbunan runtuhan bangunan dapat segera diselamatkan.. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan penyelamat dan para sukarelawan yang berkhidmat di sana. Semoga lebih banyak bantuan dapat disalurkan ke sana secepat mungkin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan