Jumaat, Januari 08, 2010

Shopping @ LittleWhiz



Beberapa hari sebelum tahun baru menjengah, aku memilih untuk membeli barang-barang bayi di laman web LittleWhiz. Disebabkan lokasi aku di Parit Raja, Johor ni, tak ada kedai gudang barangan bayi yang menawarkan pelbagai pilihan barang-barang bayi di bawah satu bumbung. Harga pun kurang kompetitif. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membuat pembelian secara atas talian. Tetapi, kenapa LittleWhiz ye?

Harga Kompetitif + Diskaun yang menarik
Kebanyakan harga yang ditawarkan mampu menandingi harga para pesaingnya.  Kedai barangan bayi di tempat aku pun tak dapat menawarkan harga sebegitu menarik. Tambahan pula, pembelian ini dilakukan semasa LittleWhiz menawarkan promosi diskaun akhir tahun.

Pelbagai Pilihan Produk
Produk-produk yang ada di laman web LittleWhiz ni sukar untuk dijumpai di Parit Raja mahupun Batu Pahat (Melainkan aku duduk KL, memang senang cari la).  Hendak pergi meninjau di sana-sini membuang masa dan tenaga, lebih-lebih lagi jika produk yang dicari kehabisan stok.  Di atas talian, tak payah aku jalan-jalan cari. Beberapa klik sahaja dah mengembalikan banyak pilihan swaddle blanket.

Redemption Point
Sebelum melakukan sebarang pembelian di LittleWhizkena la mendaftar akaun pengguna dulu.  Akaun pengguna ini membolehkan kita mengumpul mata (point).  Melalui jumlah mata terkumpul ini, kita diberi kemudahan untuk menebus produk-produk lain secara atas talian.

Tawaran Penghantaran Percuma
Ini adalah antara tarikan utama aku melakukan pembelian di laman web LittleWhiz.  Pelanggan ditawarkan penghantaran percuma melalui pembelian produk berjumlah RM200.  Berserta terma dan syarat tertentu (contohnya jumlah berat barang-barang yang dibeli kurang dari 5 kg).  Oleh kerana jumlah pembelian ini melebihi RM300,  kos penghantaran adalah percuma walaupun lokasinya Parit Raja!  Ok la kan, segelintir barang-barang bayi memang mahal. Aku beli 5 barang dah melebihi RM 300, dan beratnya baru 2 kg.  Jadi dapatla penghantaran percuma.

Pilihan Pelbagai Mod Bayaran
Masa aku beli ni gaji tak masuk lagi. Tapi LittleWhiz terima bayaran melalui kad kredit, jadi selesai la masalah.. Selain kad kredit, bayaran melalui bank secara atas talian pun diterima. Proses pembayaran pun selamat, mudah dan pantas..

Maklumbalas Pantas
LittleWhiz menghantar sms pada hari yang sama untuk memaklumkan berkenaan corak stroller pad yang dipesan dah habis dan pilihan corak lain yang masih ada. Oleh kerana ada banyak pilihan corak lain yang comel-comel, aku sekadar menjawab melalui sms juga kepada LittleWhiz untuk pilihan baru corak stroller pad tu. Semudah itu sahaja.

Pagi temujanji untuk pemeriksaan di Kluang tu, aku menerima panggilan dari pihak KTM Kluang. Barang-barang dari LittleWhiz dah sampai.  Pihak kurir KTM menanyakan lokasi rumah disebabkan Parit Raja ni memiliki banyak kampung-kampung yang namanya bermula dengan perkataan Parit. Oleh kerana kebetulan aku memang nak ke Kluang, aku memilih untuk datang sendiri ke Stesyen KTM Kluang.


Barang2 yang aku beli dari LittleWhiz.. 1. Little Bean Sterilizer & Warmer.. 2. Little Bean Infra Red Ear Thermometer.. 3. Bumble Bee Stroller Pad.. 4. Bumble Bee Fitted Crib Sheet.. 5. Bumble Bee Swaddle Blanket..
3 barang yang terakhir tu aku dah pun dibasuh dan dilipat masuk ke dalam beg.. Tinggal la dua barang di atas ni..  Memang aku berpuas hati dengan layanan LittleWhiz, dan semestinya aku akan mengulangi pembelian di LittleWhiz sahaja.  Lagipun, aku nak kumpul mata ganjaran hehe..

2 ulasan:

  1. btul su..aku dan 2 kali shopping tru littlewhiz ni.. puas ati sgt dgn service derg.. delivery pun sgt pantas... barang diterima pun ok.. aku ari2 tgk kat web derg tambah item dlm wishlist.. hehe

    BalasPadam
  2. ye kan il.. aku pun aritu ngengade buat wish list.. pastu emelkan kat adik badik ngan sepupu sepapat huhu..
    kalo hari2 buka lagi la rambang mata kan..

    BalasPadam