Hello, Shirin.
Pada usia 34 hari, baru ayah berjaya daftar nama awak, wahai si Manis yang selalu berseri.
Kenapa ibu namakan awak si Manis? Satu gempa bumi telah terjadi di Qasr-e-Shirin, Iran pada November 2017. Waktu ibu terdengar nama tempat ni, terdetik di hati betapa menarik namanya. Pasti tempat tersebut memiliki sejarah yang tersendiri. Rupa-rupanya, nama Kota Shirin adalah sempena nama Ratu Shirin dalam sastera Parsi oleh Nizami Ganjavi.
Ayah pula memilih untuk menggelarkan awak "Yang selalu berseri", sebagaimana gelaran anak gadis rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. (p.b.u.h). Sebagaimana kami memilih nama yang baik untuk awak, kami doakan agar Allah kurniakan yang baik-baik dalam kehidupan awak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan