"The driver is responsible for making sure all people travelling in their vehicle are correctly restrained. Drivers risk being fined $341 or more and 3 demerit points for each incorrectly restrained child in the vehicle. A separate penalty of $341 or more and 3 demerit points will apply for each unrestrained or incorrectly restrained child.An additional 3 demerit points will apply if more than 1 seatbelt offence occurs within a 12-month period. The additional demerit point penalty will apply to driver-related offences for seatbelts.For example, if you commit a driver seatbelt offence where you failed to wear a seatbelt, you will be allocated 3 demerit points for that offence. If you commit a second offence where you drive a vehicle while a passenger is not restrained, within 1 year after the first offence, you will be allocated 3 demerit points for the second offence. You will also receive an additional 3 demerit points for it being within 1 year after the first offence. This means you will have 9 demerit points allocated to your traffic history, which may result in a driver licence sanction."
Antara kaedah-kaedah yang aku guna masa tu:
- Kenyang perut, suka hati. Sediakan botol air dan makanan ringan di dalam kereta. Kalau boleh biskut-biskut yang sihat, dan tidak mencomotkan fabrik carseat. Untuk baby, cuba berikan baby biscuit yang dibuat sendiri ataupun yang dibeli di kedai.Tips: Kadangkala, carseat akan menjadi comot dan kotor. Tapi jangan risau, cuci sarung carseat kerana ia memang direka supaya boleh ditanggalkan dan dibasuh.

- Apakah hobi atau permainan yang menarik minat anak-anak? Sediakan permainan yang diminati oleh anak-anak. Tidak kiralah tablet, buku, anak patung dan sebagainya. Kalau pilihannya terlalu banyak, letakkan satu kotak kecil di sebelah carseat supaya anak boleh capai dan pilih sendiri.Tips: Semestinya kalau dicampak-campak mainan tersebut akan kotor. Basuh permainan-permainan yang berjenis fabrik. Untuk permainan lain seperti tab atau buku, lap permainan tersebut menggunakan tisu basah dan keringkan terlebih dahulu sebelum diberikan semula kepada anak-anak. Utamakan mainan yang lembut2 agar kurang risiko untuk cermin kereta pecah, atau sakit kepala bila anak-anak memiliki kecenderungan untuk baling-baling. Pasangkan tablet dengan soft silicone cover untuk melindungi fizikal tablet dari hentakan kuat.

- Sayang anak, tengok-tengokkan. Jika anak masih menangis selepas dua tips di atas, bertenang. Berhenti sebentar di mana-mana untuk memeriksa keadaan anak. Boleh jadi pemakaian tali pinggang keselamatan carseat terlalu ketat, anak kelaparan atau kehausan akibat kehabisan makanan atau minuman, keadaan suhu yang panas, sudah sampai masa untuk ke tandas, ataupun pelbagai lagi faktor lain yang menyumbang kepada keadaan anak yang tak selesa duduk di carseat. Fahami punca kepada tangisan anak dan selesaikan punca tersebut sebelum menyambung pemanduan.Tips: Pilih tempat yang selamat untuk berhenti kerana dalam apa keadaan sekalipun, keselamatan pemandu dan penumpang adalah paling utama. Elakkan kawasan yang sunyi, gelap dan merbahaya selagi boleh. Biar lambat asalkan selamat.
- Sediakan payung sebelum hujan. Laburkan sedikit duit untuk memasang window shade atau window cover di sekitar carseat anak-anak. Berbanding Brisbane, Malaysia memiliki cuaca yang panas sehingga kami sepanjang masa menggunakan penghawa dingin kereta.Tips: Aku lebih gemar Window Sox berbanding window shade, sebab anak tak mudah cabut. Cuba cari di EBay atau di kedai-kedai aksesori kereta. Lebih handal lagi, cari material bersesuaian yang berjenis stretchable dan breathable, ambil ukuran pintu kereta dan kemudian jahit material tersebut mengikut ukuran yang dah diambil. Meskipun hujan, kebiasaannya material berjenis stretchable dan breathable ini mudah kering bila dijemur.

