Jumaat, April 15, 2011

Terjah Hong Kong! Edisi 3 [Tamat]

Setelah lama bersawang.. biarlah aku habiskan cerita ni. Untuk baca entry2 yang sebelumnya, cuba klik sini:

Kembali ke Terjah Hong Kong! Edisi 3, pagi hari ketiga aku dan Napi tak bertangguh terus berkemas dan menguruskan proses check-out di kaunter. Check-out awal memang sangat2 penting.. sebab kalau tak kena gaya, boleh terlepas flight jadinya. Dan itulah yang nyaris-nyaris terjadi kepada kami berdua.

Masa check-out, kami cuma bayar kos wifi sahaja sebab kos penginapan memang dah settle masa booking melalui Agoda. Memang convenient Agoda tu, siap boleh kumpul point lagi.. Jadi ada la lagi duit nak shopping.. Kitorang guna business centre dalam Hotel Guangdong ni untuk membuka laman web Air Asia dan mencetak itinerari penerbangan Air Asia. Bayaran macam kat cc mesia je, tak silap RM5 selepas convert kot. Kemudian Napi request kat concierge untuk tinggalkan sementara luggage kami di hotel, sebab kami nak keluar sekejap mencari souvenir.. Ingat tak kat entry sebelum ni, aku tak sempat beli apa-apa pun dekat Ladies Market disebabkan waktu dan cuaca yang tidak mengizinkan (Ladies Market buka malam je, dan masa tu hujan).  Tapi takpe, kali ni kami terjah tempat lain pula: Chungking Mansion. sebab kami dapat tips dari forum Cari yang ada satu kedai di Chungking Mansion menjual cenderamata murah..

Bertentangan dengan hotel kami ada McD.. terliur gak la.. tapi pasti lah tak halal kan, jadi kami sarapan di Ebeneezer's (kalau tengok gambar di entri pertama, Ebeneezer's ini di sebelah McD je pun).  Lepas sarapan, kami buka map, dan kami berjalan kaki mencari Chungking Mansion. Tak jauh pun, ada dalam 10 minit jalan kaki.. Bila ramai pejalan kaki rasa tak segan pulak, makin seronok ada la.. Selamba je lalu lorong2 belakang, kalo di KL sendiri kecut perut aku nak lalu. Tapi pasal memang ramai orang, tak takut la.. bersih pun ye.. sangat bersih..
Bila dah semakin hampir tu, ada juga berselisih dengan beberapa orang Arab dan Afrika yang bagi flyers untuk restoran halal. Memang Chungking Mansion terkenal dengan pelbagai restoran halal dan budget hotel..  Sepanjang berjalan kaki tu, bersepah-sepah polisnya.  Jadi memang tak takut langsung la.. Siap window shopping di beberapa shopping mall kat kawasan tu.. Mana2 pun ada mall, design pun bermacam2.. Tapi sebab dah ada tujuan, tak singgah lama la..

Chungking Mansion. Memang bermacam-macam kaum yang ada dalam tu. Kami hanya berpusing2 di ground floor dalam bangunan yang tak berapa besar tu.. Akhirnya kami terperasan kedai satu ni, keychain memang murah sangat, jauh lagi murah dari Ladies Market. Auntie owner pun sangat baik hati dan ramah (tak macam Ladies Market, dia kata aku gila (qi xin) minta harga murah, lepastu dah tak nak layan).  Auntie owner siap bagi free gift lagi. Apa lagi, borong la..

Tapi baru dapat keychain je, hati tak puas ni.. Keluar je kami dari Chungking Mansion, kami singgah ke lorong di tepi Chungking Mansion. Ada "kedai celah".  Aku panggil camtu sebab kedai tu terselit antara Chungking Mansion dengan bangunan sebelah.  Aku borong baju tidur ala cheong sam bersulam... Sepasang untuk Hanif, sepasang untuk Ina (adik Napi) dan sepasang untuk Ika (anak buah Napi). Napi menggunakan mulut manisnya dan "negotiating skill" (aku rasa skill ni memang anugerah semulajadi kot untuk sesetengah orang, aku cam takde je skill ni huhu) untuk mendapatkan harga terbaik dari penjual baju tersebut.  Dapat la diskaun.. Kemudian, kami tambah lagi beberapa belas fridge magnet.. Gadis penjual tu siap tolong keluarkan stok baru bagi pilih2.. dapat diskaun lagi.. tambah lagi free gift cermin solek.. Memang tak luak duit, berapa je abis ek, aku dah tak ingat (tu la tangguh lagi cter, kan dah lupe).. Tapi yang pasti kami masih boleh tukar semula duit HKD bila balik Malaysia.
On the way balik ke hotel, kami sempat singgah lagi satu kedai cenderamata untuk membeli beberapa payung comel ala-ala patung gadis kimono Jepun. Sebenarnya, payung ni baik beli di Ladies Market sebab di sana payung ni lagi murah.. tapi kami beli juga la sebab dah terminat walaupun kat kedai ni fixed price, tak boleh kurang.

Sampai hotel ada lagi 2 jam sebelum check-in flight. Masa sampai dulu, kami naik bas dari airport ke hotel, jadi kali ni kami membuat keputusan untuk menaiki MTR dan airport express ke airport pula.

Ia merupakan satu keputusan yang nyaris-nyaris memakan diri kami. Rupa-rupanya nya stesen MTR bawah tanah tu punya la besar dan bersambung-sambung.. Jadi banyak masa habis nak berjalan kaki ke stesen MTR.. Punya la penat nak drag luggage tu.. dah la susah nak lepaskan luggage tu di bar penghadang laluan tiket tu.  Napi dah angin dah.. aduhai.. keluar lagi idea bernas kan..

Tambahan pula, orang lain masing-masing punya la laju berjalan.. Kami pulak dah macam kusut-kusut la kan. Sekali tengok jam.. Alamak! Lamanya masa amik, sampai tinggal kurang 1 jam setengah je lagi! Berdesup gak la.. Memang sangat complicated jalan kat stesen MTR ni nak ke airport express, naik escalator, turun tangga, pastu naik lif pulak.. sampai lenguh2 Napi heret luggage. Bila dah dapat naik airport express ni rasa lega la sangat2.. tapi masa tu dah tinggal 40 minit je nak check-in.. Memang senang naik bas jela lain kali..

Kemudian dari airport express pun bercinta nak sampai kaunter check-in, dan seterusnya ke boarding gate. Airport besar, kitorang memang dah gelabah dah.. Sampai berlari-lari kami.. Patut la selama ni aku kadang2 nampak orang berlari-lari di airport.  Nak kejar boarding gate rupanya.. Ni dah kena batang idung sendiri.. Ada juga beberapa penumpang yang senasib dengan kami haritu.. Sampai tanggal2 tapak kasut sport aku berlari.. Dan benda yang tak diduga terjadi sebaik sampai kat situ.. Boarding gate dipindahkan di saat2 akhir! Kaunter check-in pulak boleh bagi no boarding gate lama (padahal baru 5 minit check-in). Nasib baik kat boarding gate lama tu ada screen yang papar no boarding gate baru. Nasib tak baik boarding gate baru tu pula terletak dekat hujung lagi satu. Apa lagi,  berlari-larilah lagi kami sekali lagi..
Nasib baik flight delay.. masa kami sampai tu tinggal 10 minit sahaja dari masa berlepas. Dan kami rupanya antara penumpang yang terawal huhu.. siap dapat beratur depan lagi.. Dah duduk lama diam-diam dalam plane pun tak gerak-gerak lagi.. Oooo tunggu orang lagi rupanya... Dan lepas penumpang terakhir masuk, plane pun berlepas meninggalkan bumi HK.. Penamat yang agak mendebarkan untuk hari terakhir di HK.. Kejadian ni dah pasti menjadi pengajaran untuk aku dan Napi tentang betapa pentingya untuk sampai awal di airport.

Sampai di LCCT dah malam, takde flight ke JB malam-malam.. Nak balik JB flight pukul 6 pagi.. Sambil2 jalan kat tarmac tu Napi kutip sesuatu. Dia bagi aku getah rambut buat ikat kasut aku yang dah tersenyum tu. Nasib baik ada Napi.. Aku sampai dah naik segan nak heret kasut tu huhu.. Aku dan Napi pun menyertai ribuan penumpang lain yang tersadai di LCCT mencari ruang untuk melelapkan mata.. hampir penuh semua kerusi yang dijadikan ruang berbaring sementara menunggu waktu berlepas tiba. Memang tak berapa selesa la, tapi nak buat macam mana kan, waktu transit kami bukan lama mana pun.

Nak sembahyang subuh kat surau LCCT pun muat2 dua orang je sebab surau dah jadi port tidur... Tapi aku memahami la sebab ada yang bawak baby.. Dalam-dalam nak solat tu sempat lagi aku belek-belek muka comel baby tu tidur.. Berani betul mak dia neh, dah la anak ko comel.. Kalau orang ambil bukannya perasan pun.. aku tengok masing2 nyenyak semacam je... Teringat kat Hanif lak masa tu.. Semoga Allah melindungi baby yang tengah tidur ni dari sebarang perkara yang tak diingini..
Lega nye bila dah sampai airport Senai, airport kecik memang tak banyak amik masa la, sekejap je dah check-out. Alhamdulillah luggage semua ada.. Bukan apa, stigma bila baca kes-kes kehilangan luggage bila ambil penerbangan tambang murah ni.. Pukul 7.30 pagi tu, Along dan Kak Umi datang bawak Hanif sekali.. Hanif tengah tidur.. Bila Kak Umi bagi Hanif kat aku, Hanif terbangun.. Terus dia merengek2 nampak aku.. Tak nak lepaskan pelukan.. Takut kena tinggal lagi gamaknya..
Kesian Hanif.. mesti dah rindu sangat-sangat dah.. Memang tak pernah berenggang la katakan.. Tiba-tiba kena tinggal 4 hari.. Nasib baik kecil lagi, senang la Pak Long nak pujuk hehe..

Kesimpulannya, walaupun ada sesetengah tempat yang aku dan Napi nak pergi tapi tak kesampaian, kitorang rasa puas dapat explore HK dengan sendiri.. dapat rasa naik MTR dan bas ke sana sini, naik feri, ding dang tram, berinteraksi dengan orang yang dah lama bermaustatin di sana, melawat masjid Wan Chai dan merasa sendiri makanan halal kat sana.. Rasa-rasanya kalau ada kesempatan memang nak pergi dengan Hanif pulak, dan kitorang tetap nak berjalan sendiri sebab dah merasa kebebasan dan keseronokan berjalan sendiri di HK. Cuma mungkin lain kali tentatif perjalanan tu akan lebih dimantapkan untuk memastikan masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya..

Beberapa tips untuk yang merancang nak pergi sendiri..
  • Survey harga tiket flight SELALU. Walaupun masa agak suntuk, kadang2 boleh dapat harga berpatutan dan harga tiket memang berubah-ubah. Kalau rasa memang dah dapat pilihan paling murah, jangan teragak-agak nak book.
  • LUASKAN PILIHAN masa nak book tiket.  Tak semestinya naik dari airport yang paling dekat dengan kita, dan tak semestinya menggunakan syarikat penerbangan tempatan sahaja. Kadangkala ada offer yang lebih menarik dari airport berlainan dan dari syarikat penerbangan berlainan.
  • (Untuk penerbangan tambang murah) Kalau flight yang lama (lebih 3 jam), PASTIKAN membuat PRE-ORDER untuk in-flight meal walaupun mahal (RM12).  Percaya la, memang rasa berbaloi daripada dah duduk dalam flight, terbau makanan sedap-sedap dan akhirnya membeli dalam flight tu (lagi la mahal). Ataupun sebagai langkah berjaga-jaga, PASTIKAN makan kenyang-kenyang sebelum boarding.
  • (Penerbangan tambang murah) Kalau flight yang lama (lebih 3 jam), orang yang tinggi2 cam Napi (lebih kurang 1.75 m) baik amik hot seat terus. Memang sakit jiwa kalau duduk standard seat nanti. Lebih menakutkan kalau terkena DVT (Deep Vein Thrombosis).
  • (Penerbangan tambang murah) Untuk yang book tiket bersama (i.e. couple or group), kapasiti checked-in baggage boleh SHARE. Tak perlu beli extra weight untuk luggage/upgrade checked-in baggage weight.
  • Rajin-rajin la melawat forum online atau blog yang ada entry pasal travelling. Yang terkini lagi bagus, supaya kita tahu ape isu semasa kat destinasi kita tu. Contohnya suhu, cuaca, penyakit, bencana, polisi imigresen, tempat makan, harga, bajet nak belanja dan sebagainya.
Ok, harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu..

4 ulasan:

  1. beb best kan HK...trase mau pi lagi...tp bwk si kecik nih hah hehehe

    BalasPadam
  2. bes.. tu la next time memang nak bawak si kecik tu hehe..

    BalasPadam
  3. "Memang convenient la
    Agoda tu, siap leh kumpul point lagi.. Jadi ada la lagi duit nak shopping..
    Kitorang guna business centre kat Hotel Guangdong ni untuk cetak slip
    Air Asia" - kak nak tanya apa yg dicetak tu?utk pgtahuan akak saya tak pernah guna prkhidmatan airasia online. tp saya plan nak pegi HK guna airasia june 2012. boleh tak ajar saya apa yg patut. tq kak. agak2nya selamat yer jalan kat sana. saya survey kat agoda kmungkinan saya nak book usa hostel. tdo kat sana 2mlm 3ari. and agaknya cukup octopus card tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Riantey Sahrin,
      maaf saya tak perasan komen awak. Saya rasa awak pasti dah selamat melawat HK kan? Mudah-mudahan pengalaman awak juga semanis malah lebih manis dari pengalaman saya.

      Padam