Jumaat, Ogos 15, 2014

Edisi Terjah Sydney


Tahun pertama PhD di bumi beraneka marsupial ini diwarnai dengan peluang untuk membentang kertas kerja di Sydney.  Di sini aku kongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat Napi ambil.. 

Aku ni pelupa tau.  Sebab tu blog ini dibuat bagi memudahkan diri sendiri mengabadikan beberapa kenangan berharga ataupun pengetahuan berguna.

Edisi terjah Sydney bermula dengan penerimaan surat dari pihak penganjur yang mengkhabarkan berita gembira.  Kertas kerja ku diterima untuk dibentangkan di Doctoral Symposium.  Kecil sahaja taraf kertas kerja ini tapi nilainya yang memperakui hasil kerja keras PhD ku amat-amat tinggi di hati rasanya pada ketika itu.

Jika di Sydney, Malaysia Hall ada di Alison Road, Randwick.  Aku memohon melalui e-mel.  Alhamdulillah kami sekeluarga berjaya mendapat sebuah bilik.  Penting di sini untuk memohon sebulan lebih awal bagi mengelakkan situasi gigit jari berlaku.  Dengan kadar yang luarbiasa murahnya, siapa pun pasti tak menolak.  Lebih-lebih lagi ada kantin Abang Sam yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari mengikut selera orang kita pada harga yang berpatutan.

Terdapat juga banyak pilihan makanan halal di sekitar UNSW seperti di Randwick sendiri, dan di sepanjang Anzac Parade, Kingsford dan Kensington.  Siapkan jelah duit andai kata tak gusar dengan kadar tukaran matawang semasa.

Kami mengambil penerbangan Jetstar dari Brisbane ke Sydney.  Menggunakan kereta yang disewa dan kemudiannya dipulangkan semula di lapangan terbang Sydney, kami menuju ke Malaysia Hall Sydney.  Cuaca di bulan April agak tidak menentu dengan hujan yang kerap dan suhu yang agak sejuk.  Mujur ada makanan yang disediakan oleh Abang Sam.  Tidak susah-susah kami keluar mencari makanan ketika hujan.



Hotel penganjur terletak di seberang jambatan Sydney Harbour, di belakang Luna Park Sydney je.  Persidangan berakhir pada hari Jumaat dengan banyak maklumbalas berguna diperolehi untuk menambahbaik hasil penyelidikan PhD ku.  Kemudian sebelum pulang kami mengambil peluang berjalan-jalan ke Paddy's Market untuk membeli buah tangan buat kenang-kenangan.  Kami bersolat di Surry Hills Mosque yang kedudukannya agak tersembunyi.  Mujur ada panduan dari peranti GPS kami.


Selepas itu Darling Harbour menjadi pilihan untuk membawa anak-anak merasai feri dan melihat sendiri Sydney Opera House.

Inilah perkongsian kali ini.








Memang tak puas disebabkan kami terikat dengan komitmen lain.  Mungkin lain kali ada rezeki untuk kembali dan pergi melawat Bondi Beach pula, salah satu destinasi yang terpaksa dilupakan pada waktu itu disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Khamis, April 24, 2014

LittleWhiz Warehouse Sale 25-27 April 2014

Sedar tak sedar, dalam inbox e-mel saya rupanya ada satu e-mel dari LittleWhiz berkenaan dengan Warehouse Sale mereka. Terima kasih LittleWhiz kerana pihak anda sangat menitikberatkan hubungan dengan pelanggan, dan ini membuatkan pelanggan seperti saya rasa dihargai walaupun dah lama saya tak berpeluang untuk membuat apa-apa pembelian.




Dulu-dulu sebelum ke Brisbane, inilah antara program favourite kami.  Kadang-kadang takde lah memborong sangat, sekadar cuci mata je lebih.  Kalau ada pun sekadar memborong barang keperluan dengan harga runtuh seperti wet tissue, pakaian basahan anak-anak, dan sabun botol ( suka sangat dengan sabun botol Pureen yang penutup warna biru tu! kat Brisbane takde sabun ni).


Pentingnya program sebegini untuk kita dapatkan maklumat harga runtuh sesetengah produk, supaya kita boleh banding-membanding dan berlatih menjadi pengguna yang bijak semasa membuat pembelian.

Dulu ilmu pengguna bijak nilah antara ilmu yang paling malas saya nak amalkan.  Saya tak minat dengan angka, jadi jujur saya cakap angka-angka yang BANYAK waktu warehouse sale ni MEMENINGKAN kepala.


Tapi Napi suka angka, jadi bila berdua dengan peminat angka ni, Alhamdulillah terasa kurang memeningkan sedikit sebab ada penterjemah angka di sebelah.


Dan ilmu pengguna bijak ni sangat penting apabila dah berkeluarga.  Lebih-lebih lagi majoriti perbelanjaan kami memang tertumpu kepada keperluan anak-anak.


Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuci mata dan melatih ilmu pengguna bijak, jemputlah bertandang ke LittleWhiz Warehouse Sale ni ye!


Rabu, Januari 15, 2014

Kisah Carbon Steel Wok yang Berkarat

Salah satu perkara yang menyeronokkan di sini adalah peralatan memasak yang mampu milik dan berkualiti. Disebabkan itulah tanganku yang gatal ini telah membeli sebiji wok Carbon Steel yang sememangnya menjadi saranan sebagai jenis wok yang sesuai untuk masakan jenis stir-fry yang sinonim dengan kita masyarakat Asia.


Disertakan sekali arahan untuk wok seasoning yang aku turuti dengan taat.  Sayangnya, baru dua kali pakai dah berkarat! Bayangkan betapa punahnya rasa hati ni.  Dalam berkira-kira hendak membuang wok ini, hatiku yang rasa tak senang ni mencari-cari apa silapnya.  Akhirnya aku jumpa juga puncanya, kesilapan yang berpunca dari kejahilanku sendiri dalam menjaga peralatan memasak carbon steel.

Berikut merupakan  komen dari Helen Chen, anak cef terkemuka Joyce Chen berkenaan dengan wok carbon steel:
Carbon steel must be seasoned. This sounds like it might make food taste better but it doesn’t, it just keeps the pan from rusting. Takes a good 6 months of almost daily use for a wok to get really seasoned. If you like to season, get carbon steel. If you don’t plan to use your wok more than 3x a week, the oil you use to season it will eventually get tacky, attract dust, and it may rust. When people see rust, they may think they need a new one. Nope! All you need to do is clean the rust off and re-season. In a Chinese kitchen the wok is used daily, and often sits on the burner just waiting for the next meal to be made in it, so seasoning is not a problem.  If you live near the ocean a carbon steel wok may rust more easily due to the high moisture content in the air. -Helen Chen-
 Begitu juga dengan panduan penjagaan carbon steel wok dari laman web Thai Food & Travel:
In the stores, carbon steel woks come covered with a coating of machine oil to keep the metal from rusting, so be careful when going through the stack of woks while making your choice not to get the dirty oil all over your hands, arms and clothing. When you get home and are ready to season the wok you've selected, rinse thoroughly with lots of hot, soapy water to remove every trace of the machine oil. (If you have an old rusty wok stuffed somewhere in your garage from a previous attempt at wok cooking, it is most likely made of carbon steel and can be seasoned as described below. Just rinse well, scrubbing off the rust, before proceeding.) -Kasma Loha-unchit-                                                               
Nampaknya aku hanya buat sekali seasoning, pastinya tidak mencukupi. Sudahnya aku bersihkan karat2 yang ada, dan buat lagi proses seasoning.


Syukur! nasib baik tak kena buang wok ni. Memang berbeza kalau buat mi goreng guna wok ni berbanding guna kuali lain.  Hasilnya seperti makan mi goreng di luar yang sedikit hangus. Tu yang sayang nak buang, lebih-lebih lagi di sini memang susah nak mencari street food yang halal atau restoran mamak yang murah.  Mungkin sebab tu ramai yang syorkan carbon steel wok sebagai pilihan.

Masa hari Boxing Day Sale lepas yang dipenuhi dengan aktiviti mencuci-mata di DFO Brisbane, aku berjaya tambah koleksi.  Kali ni stainless steel pan pula.


Ini pun sekadar nak mencuba dulu. Umum tau peralatan memasak stainless steel agak berat.  Dah la aku ni kecik. Kalau rasa-rasa serasi, akan datang boleh la beli satu set pula.