Rabu, Mac 25, 2015

Anak Tak Mahu Duduk Dalam Carseat?

Baru baru ni viral mengenai isu "Ibu Pangku Bayi Semasa Memandu".  Tak perlulah pautan pada artikelnya, gunakan je encik Google pasti terjumpa artikel tersebut di FB mahupun di blog-blog media yang lain. Membaca justifikasi ibu tersebut, memang tak dinafikan bahawa hati seorang ibu kadang kala tersentuh bila anak menangis tak berhenti-henti di belakang.  Sudah pasti tangisan anak sedikit sebanyak mengganggu fokus si ibu semasa memandu.  Justeru, memang aku faham perasaan ibu tersebut dan aku pilih untuk tidak menghakimi perbuatan beliau.  Sebaliknya, apa yang aku boleh buat ialah kongsikan pengalaman aku sendiri semasa melatih anak-anak memakai carseat  di bumi kanggaru ni.

Australia mengenakan peraturan yang ketat berkenaan aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.  Lihat di SINI untuk merujuk panduan mengenakan child restraint di Queensland.  Hukuman yang dikenakan berkenaan dengan penggunaan carseat di sini adalah agak berat.  Pelancong-pelancong Malaysia yang ingin memandu sendiri di Brisbane dan Gold Coast juga boleh merujuk entri kali ini berkenaan dengan peraturan penggunaan carseat di Queensland.  Berkenaan dengan hukuman yang bakal dihadapi akibat kegagalan dalam menggunakan carseat semasa memandu di Queensland, rujuk kepada keratan artikel di bawah yang diambil dari Queensland Department of Transport and Main Roads:
"The driver is responsible for making sure all people travelling in their vehicle are correctly restrained. Drivers risk being fined $341 or more and 3 demerit points for each incorrectly restrained child in the vehicle. A separate penalty of $341 or more and 3 demerit points will apply for each unrestrained or incorrectly restrained child.
An additional 3 demerit points will apply if more than 1 seatbelt offence occurs within a 12-month period. The additional demerit point penalty will apply to driver-related offences for seatbelts.
For example, if you commit a driver seatbelt offence where you failed to wear a seatbelt, you will be allocated 3 demerit points for that offence. If you commit a second offence where you drive a vehicle while a passenger is not restrained, within 1 year after the first offence, you will be allocated 3 demerit points for the second offence. You will also receive an additional 3 demerit points for it being within 1 year after the first offence. This means you will have 9 demerit points allocated to your traffic history, which may result in a driver licence sanction."

Dua minggu pertama kami tiba di sini merupakan tempoh yang agak mencabar dalam pemanduan kenderaan.  Mujur Napi yang memandu.  Walaupun anak sulung sudah dibiasakan dari kecil semasa di Malaysia lagi, pada waktu itu yang bongsu masih baru lagi nak mengenal carseat.

Antara kaedah-kaedah yang aku guna masa tu:
  1. Kenyang perut, suka hati. Sediakan botol air dan makanan ringan di dalam kereta.  Kalau boleh biskut-biskut yang sihat, dan tidak mencomotkan fabrik carseat.  Untuk baby, cuba berikan baby biscuit yang dibuat sendiri ataupun yang dibeli di kedai. 
    Tips: Kadangkala, carseat akan menjadi comot dan kotor. Tapi jangan risau, cuci sarung carseat kerana ia memang direka supaya boleh ditanggalkan dan dibasuh. 
  2. Apakah hobi atau permainan yang menarik minat anak-anak? Sediakan permainan yang diminati oleh anak-anak.  Tidak kiralah tablet, buku, anak patung dan sebagainya. Kalau pilihannya terlalu banyak, letakkan satu kotak kecil di sebelah carseat supaya anak boleh capai dan pilih sendiri. 
    Tips: Semestinya kalau dicampak-campak mainan tersebut akan kotor.  Basuh permainan-permainan yang berjenis fabrik.  Untuk permainan lain seperti tab atau buku, lap permainan tersebut menggunakan tisu basah dan keringkan terlebih dahulu sebelum diberikan semula kepada anak-anak. Utamakan mainan yang lembut2 agar kurang risiko untuk cermin kereta pecah, atau sakit kepala bila anak-anak memiliki kecenderungan untuk baling-baling.  Pasangkan tablet dengan soft silicone cover untuk melindungi fizikal tablet dari hentakan kuat
  3. Sayang anak, tengok-tengokkan. Jika anak masih menangis selepas dua tips di atas, bertenang.  Berhenti sebentar di mana-mana untuk memeriksa keadaan anak.  Boleh jadi pemakaian tali pinggang keselamatan carseat terlalu ketat, anak kelaparan atau kehausan akibat kehabisan makanan atau minuman, keadaan suhu yang panas, sudah sampai masa untuk ke tandas, ataupun pelbagai lagi faktor lain yang menyumbang kepada keadaan anak yang tak selesa duduk di carseat.  Fahami punca kepada tangisan anak dan selesaikan punca tersebut sebelum menyambung pemanduan.
    TipsPilih tempat yang selamat untuk berhenti kerana dalam apa keadaan sekalipun, keselamatan pemandu dan penumpang adalah paling utama.  Elakkan kawasan yang sunyi, gelap dan merbahaya selagi boleh.  Biar lambat asalkan selamat.

  4. Sediakan payung sebelum hujan. Laburkan sedikit duit untuk memasang window shade atau window cover di sekitar carseat anak-anak.  Berbanding Brisbane, Malaysia memiliki cuaca yang panas sehingga kami sepanjang masa menggunakan penghawa dingin kereta.
    TipsAku lebih gemar Window Sox berbanding window shade, sebab anak tak mudah cabut.  Cuba cari di EBay atau di kedai-kedai aksesori kereta.  Lebih handal lagi, cari material bersesuaian yang berjenis stretchable dan breathable, ambil ukuran pintu kereta dan kemudian jahit material tersebut mengikut ukuran yang dah diambil.  Meskipun hujan, kebiasaannya material berjenis stretchable dan breathable ini mudah kering bila dijemur.

Kalau tak silap ingatan, inilah antara usaha-usaha kami semasa nak membiasakan anak-anak dengan penggunaan carseat.  Alhamdulillah sekarang anak-anak dengan sendirinya duduk di carseat bila masuk kereta.  Kadang-kadang terjadi juga situasi yang menyebabkan anak-anak tak mahu menggunakan carseat.  Antara punca kepada situasi tersebut adalah emosi atau mood anak yang tidak gembira, keadaan kesihatan anak, dan sebagainya.  Andaikata terjadi situasi begini, gunakanlah kebijaksanaaan dan pengalaman kita sebagai ibu bapa yang memahami kelakuan anak-anak sendiri untuk memujuk mereka.  Biar lambat, asalkan selamat..

3 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. pemilihan carseat pun kena lah betul kan? ada orang yang berbangga beli carseat sampai 4,5 biji tapi beli spec yang x sesuai agaknya sampai anak umur belum 2 tahun dah muat. katenye anak dah tinggi, bahu sangkut kat harness. lepas tu pegi beli booster seat yg xde backrest padahal anak tu belum 4 thn lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, seeloknya beli mengikut panduan yang betul. Paling senang adalah melalui video panduan memilih carseat yang banyak dikongsi di Youtube.

      Padam