Memaparkan catatan dengan label bingkisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bingkisan. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 05, 2018

Hello, Shirin

Hello, Shirin.
Pada usia 34 hari, baru ayah berjaya daftar nama awak, wahai si Manis yang selalu berseri.
Kenapa ibu namakan awak si Manis? Satu gempa bumi telah terjadi di Qasr-e-Shirin, Iran pada November 2017. Waktu ibu terdengar nama tempat ni, terdetik di hati betapa menarik namanya. Pasti tempat tersebut memiliki sejarah yang tersendiri. Rupa-rupanya, nama Kota Shirin adalah sempena nama Ratu Shirin dalam sastera Parsi oleh Nizami Ganjavi.
Ayah pula memilih untuk menggelarkan awak "Yang selalu berseri", sebagaimana gelaran anak gadis rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. (p.b.u.h). Sebagaimana kami memilih nama yang baik untuk awak, kami doakan agar Allah kurniakan yang baik-baik dalam kehidupan awak.

Khamis, Januari 04, 2018

Pelupakah aku?

Ini entry orang tak boleh tidur. K.I.S.S (keep it short and simple) sebab aku harap lepas aku selesai bolehlah aku tidur (ye lah). Ini kisah pasal aku seorang pelupa.

Dari kecil, aku memang menghadapi kesukaran untuk mengingat nombor, nama sesetengah orang dan perincian sesuatu kejadian. Aku seorang pelupa yang amat teruk, sampaikan waktu belajar dulu, aku suka bergurau yang daya ingatan aku ni umpama taraf RAM (random access memory) sahaja. Aku boleh ingat sesetengah perkara hanya dalam situasi tertentu.

Kebaikannya, aku senang melupakan perkara-perkara yang menjengkelkan, menyedihkan ataupun keburukan seseorang. Keburukannya pula, kelemahan diri sendiri pun aku lupa. Contohnya mengenai aku ni seorang yang pelupa. Ya, aku lupa aku seorang pelupa sampaikan aku jadi defensif secara tak sengaja bila dikatakan terlupa sesuatu perkara.

Di tengah malam begini, aku tiba-tiba teringatkan seorang rakan aku ni. Aku tak pernah lagi rasanya ucapkan "Selamat Hari Lahir" pada dia tanpa merujuk kepada notifikasi dari FB. Puas aku cuba nak ingat tarikh lahir dia, tapi tak berjaya. Perkara yang terlintas secara rawak ini berjaya buatkan aku tak dapat tidur. Ini satu lagi kelemahan aku. Kalau tak dapat selesaikan apa yang terlintas di fikiran, mesti tak boleh tidur.

Dalam terkebil-kebil memikirkan betapa teruknya aku sebagai seorang kawan, baru aku teringat punca semua ini. AKU SEORANG PELUPA.

Jadi aku tuliskan entry ini dengan harapan dia (dan juga barangkali rakan-rakan lain, mahupun ahli keluarga dan saudara) sudi baca dan memaafkan kelemahan aku ni. Andaikata aku pernah buatkan mereka tersinggung disebabkan sikap pelupa aku ni, dengan penuh tulus ikhlas aku pohon kemaafan.

Rabu, November 20, 2013

Brisbane Festival: Santos City of Lights

South Bank, Brisbane merupakan tempat yang sentiasa meriah dengan macam-macam program.  Salah satunya adalah Santos City of Lights.



















Santos City of Lights ni adalah sebahagian dari program di bawah Brisbane Festival yang diadakan setiap tahun. Ada banyak juga program lain yang tak kurang menarik seperti Sunsuper Riverfire. Kalau ada perancangan nak melawat Gold Coast atau Brisbane di bulan September, Brisbane Festival wajib masuk itinerary.
Sila melawat laman web atau laman FB Brisbane Festival 2014 untuk maklumat lanjut.


Rabu, Oktober 09, 2013

Welcome to The Land Down Under...


      Ya, dah hampir 6 bulan aku berada di sini.  Di Brisbane, Australia.  Jika diimbas kembali, sebaik sahaja konvokesyen Master selesai, aku terus gunakan transkrip yang masih panas tu untuk mohon sambung PhD di University of Queensland (UQ), Australia.  Banyak faktor bagaimana UQ boleh menjadi pilihan utama aku.  Dipendekkan cerita, supervisor lama aku yang beri nama supervisor baru ni. Kemudian aku berusaha sendiri untuk hubungi beliau dan hantar permohonan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...   Alhamdulillah permohonan diterima!  Kemudian gunakan dokumen CoE dari UQ untuk mohon visa, translate sijil-sijil, hantar borang permohonan cuti belajar, ambil IELTS, renew passport satu family, komunikasi dengan persatuan pelajar di sana, dan yang paling sedih kemas rumah.. terasa sungguh nak berjauhan dengan saudara-mara masa kemas rumah tu..

      Alhamdulillah tiket kami sekeluarga kakitangan pendaftar uruskan, transport dari airport ke rumah transit pula persatuan pelajar Queensland (PPMQ) banyak membantu.  Duduklah kami seminggu di rumah transit, kemudian 3 bulan di unit sendiri (tempat yang sama).  Akhirnya bulan 7 dapat juga kami merasa duduk di rumah/unit sendiri.  Memadailah kontrak sewa (lease) 6 bulan terlebih dahulu.
 
     Macam tak percaya sudah hampir 6 bulan kami sekeluarga berada di sini.  Australia atau gelarannya The Land Down Under.  12 April 2013 tarikh kami menjejakkan kaki di sini buat kali pertama. Hanif baru umur 2 tahun lebih, Syafiq pula tak sampai setahun.  Kami tiba di kala musim luruh bakal melabuhkan tirainya.  Kami melalui musim sejuk yang agak sederhana, dengan suhu terendah sekitar 10°C.  Kini musim bunga, habis pokok-pokok di kiri kanan apartment kami dipenuhi bunga.

      Napi ambil cuti tanpa gaji 3 tahun, satu pengorbanan yang sangat-sangat aku hargai.  Aku tau, tak mungkin aku berani ke sini seorang diri tanpa mereka semua.  Aku bukan kuat sangat, aku bukan tabah sangat.  In Shaa Allah berkat doa dari mereka, kawan-kawan dan saudara-mara kami, aku akan kuatkan diri dan semangat untuk habiskan PhD ni.

      Untunglah di sini ada PPMQ.  Ramai ahli-ahli PPMQ yang saling bantu-membantu sekiranya ada kesukaran yang dihadapi di sini.  Sekali-sekala ada juga program yang diselitkan untuk pengisian ahli keluarga dan anak-anak di sini.  Ramai juga yang berkongsi pengalaman dalam apa-apa perkara yang perlu diuruskan di sini seperti membeli kenderaan, restoran-restoran halal, pasar-pasar yang menjual produk makanan Malaysia dan banyak lagi.  Setiap pagi Sabtu diadakan pula pasar di salah sebuah rumah pelajar.  Sesiapa pun, tak kira pelajar mahupun pelancong, yang datang untuk melepas rindu menjamah juadah Malaysia pasti tidak akan berasa hampa. 

      Ok lepas ni aku update lagi dengan pengalaman-pengalaman kami di sini.  Baru-baru ni kami pergi menonton Santos City of Lights dan Sunsuper Riverfire.  Kalau ada kelapangan lah.  PhD ni memang lain sikit cabarannya.  Jarang-jarang sangat terasa lapangnya hehe..

Jumaat, April 15, 2011

Terjah Hong Kong! Edisi 3 [Tamat]

Setelah lama bersawang.. biarlah aku habiskan cerita ni. Untuk baca entry2 yang sebelumnya, cuba klik sini:

Kembali ke Terjah Hong Kong! Edisi 3, pagi hari ketiga aku dan Napi tak bertangguh terus berkemas dan menguruskan proses check-out di kaunter. Check-out awal memang sangat2 penting.. sebab kalau tak kena gaya, boleh terlepas flight jadinya. Dan itulah yang nyaris-nyaris terjadi kepada kami berdua.

Masa check-out, kami cuma bayar kos wifi sahaja sebab kos penginapan memang dah settle masa booking melalui Agoda. Memang convenient Agoda tu, siap boleh kumpul point lagi.. Jadi ada la lagi duit nak shopping.. Kitorang guna business centre dalam Hotel Guangdong ni untuk membuka laman web Air Asia dan mencetak itinerari penerbangan Air Asia. Bayaran macam kat cc mesia je, tak silap RM5 selepas convert kot. Kemudian Napi request kat concierge untuk tinggalkan sementara luggage kami di hotel, sebab kami nak keluar sekejap mencari souvenir.. Ingat tak kat entry sebelum ni, aku tak sempat beli apa-apa pun dekat Ladies Market disebabkan waktu dan cuaca yang tidak mengizinkan (Ladies Market buka malam je, dan masa tu hujan).  Tapi takpe, kali ni kami terjah tempat lain pula: Chungking Mansion. sebab kami dapat tips dari forum Cari yang ada satu kedai di Chungking Mansion menjual cenderamata murah..

Bertentangan dengan hotel kami ada McD.. terliur gak la.. tapi pasti lah tak halal kan, jadi kami sarapan di Ebeneezer's (kalau tengok gambar di entri pertama, Ebeneezer's ini di sebelah McD je pun).  Lepas sarapan, kami buka map, dan kami berjalan kaki mencari Chungking Mansion. Tak jauh pun, ada dalam 10 minit jalan kaki.. Bila ramai pejalan kaki rasa tak segan pulak, makin seronok ada la.. Selamba je lalu lorong2 belakang, kalo di KL sendiri kecut perut aku nak lalu. Tapi pasal memang ramai orang, tak takut la.. bersih pun ye.. sangat bersih..
Bila dah semakin hampir tu, ada juga berselisih dengan beberapa orang Arab dan Afrika yang bagi flyers untuk restoran halal. Memang Chungking Mansion terkenal dengan pelbagai restoran halal dan budget hotel..  Sepanjang berjalan kaki tu, bersepah-sepah polisnya.  Jadi memang tak takut langsung la.. Siap window shopping di beberapa shopping mall kat kawasan tu.. Mana2 pun ada mall, design pun bermacam2.. Tapi sebab dah ada tujuan, tak singgah lama la..

Chungking Mansion. Memang bermacam-macam kaum yang ada dalam tu. Kami hanya berpusing2 di ground floor dalam bangunan yang tak berapa besar tu.. Akhirnya kami terperasan kedai satu ni, keychain memang murah sangat, jauh lagi murah dari Ladies Market. Auntie owner pun sangat baik hati dan ramah (tak macam Ladies Market, dia kata aku gila (qi xin) minta harga murah, lepastu dah tak nak layan).  Auntie owner siap bagi free gift lagi. Apa lagi, borong la..

Tapi baru dapat keychain je, hati tak puas ni.. Keluar je kami dari Chungking Mansion, kami singgah ke lorong di tepi Chungking Mansion. Ada "kedai celah".  Aku panggil camtu sebab kedai tu terselit antara Chungking Mansion dengan bangunan sebelah.  Aku borong baju tidur ala cheong sam bersulam... Sepasang untuk Hanif, sepasang untuk Ina (adik Napi) dan sepasang untuk Ika (anak buah Napi). Napi menggunakan mulut manisnya dan "negotiating skill" (aku rasa skill ni memang anugerah semulajadi kot untuk sesetengah orang, aku cam takde je skill ni huhu) untuk mendapatkan harga terbaik dari penjual baju tersebut.  Dapat la diskaun.. Kemudian, kami tambah lagi beberapa belas fridge magnet.. Gadis penjual tu siap tolong keluarkan stok baru bagi pilih2.. dapat diskaun lagi.. tambah lagi free gift cermin solek.. Memang tak luak duit, berapa je abis ek, aku dah tak ingat (tu la tangguh lagi cter, kan dah lupe).. Tapi yang pasti kami masih boleh tukar semula duit HKD bila balik Malaysia.
On the way balik ke hotel, kami sempat singgah lagi satu kedai cenderamata untuk membeli beberapa payung comel ala-ala patung gadis kimono Jepun. Sebenarnya, payung ni baik beli di Ladies Market sebab di sana payung ni lagi murah.. tapi kami beli juga la sebab dah terminat walaupun kat kedai ni fixed price, tak boleh kurang.

Sampai hotel ada lagi 2 jam sebelum check-in flight. Masa sampai dulu, kami naik bas dari airport ke hotel, jadi kali ni kami membuat keputusan untuk menaiki MTR dan airport express ke airport pula.

Ia merupakan satu keputusan yang nyaris-nyaris memakan diri kami. Rupa-rupanya nya stesen MTR bawah tanah tu punya la besar dan bersambung-sambung.. Jadi banyak masa habis nak berjalan kaki ke stesen MTR.. Punya la penat nak drag luggage tu.. dah la susah nak lepaskan luggage tu di bar penghadang laluan tiket tu.  Napi dah angin dah.. aduhai.. keluar lagi idea bernas kan..

Tambahan pula, orang lain masing-masing punya la laju berjalan.. Kami pulak dah macam kusut-kusut la kan. Sekali tengok jam.. Alamak! Lamanya masa amik, sampai tinggal kurang 1 jam setengah je lagi! Berdesup gak la.. Memang sangat complicated jalan kat stesen MTR ni nak ke airport express, naik escalator, turun tangga, pastu naik lif pulak.. sampai lenguh2 Napi heret luggage. Bila dah dapat naik airport express ni rasa lega la sangat2.. tapi masa tu dah tinggal 40 minit je nak check-in.. Memang senang naik bas jela lain kali..

Kemudian dari airport express pun bercinta nak sampai kaunter check-in, dan seterusnya ke boarding gate. Airport besar, kitorang memang dah gelabah dah.. Sampai berlari-lari kami.. Patut la selama ni aku kadang2 nampak orang berlari-lari di airport.  Nak kejar boarding gate rupanya.. Ni dah kena batang idung sendiri.. Ada juga beberapa penumpang yang senasib dengan kami haritu.. Sampai tanggal2 tapak kasut sport aku berlari.. Dan benda yang tak diduga terjadi sebaik sampai kat situ.. Boarding gate dipindahkan di saat2 akhir! Kaunter check-in pulak boleh bagi no boarding gate lama (padahal baru 5 minit check-in). Nasib baik kat boarding gate lama tu ada screen yang papar no boarding gate baru. Nasib tak baik boarding gate baru tu pula terletak dekat hujung lagi satu. Apa lagi,  berlari-larilah lagi kami sekali lagi..
Nasib baik flight delay.. masa kami sampai tu tinggal 10 minit sahaja dari masa berlepas. Dan kami rupanya antara penumpang yang terawal huhu.. siap dapat beratur depan lagi.. Dah duduk lama diam-diam dalam plane pun tak gerak-gerak lagi.. Oooo tunggu orang lagi rupanya... Dan lepas penumpang terakhir masuk, plane pun berlepas meninggalkan bumi HK.. Penamat yang agak mendebarkan untuk hari terakhir di HK.. Kejadian ni dah pasti menjadi pengajaran untuk aku dan Napi tentang betapa pentingya untuk sampai awal di airport.

Sampai di LCCT dah malam, takde flight ke JB malam-malam.. Nak balik JB flight pukul 6 pagi.. Sambil2 jalan kat tarmac tu Napi kutip sesuatu. Dia bagi aku getah rambut buat ikat kasut aku yang dah tersenyum tu. Nasib baik ada Napi.. Aku sampai dah naik segan nak heret kasut tu huhu.. Aku dan Napi pun menyertai ribuan penumpang lain yang tersadai di LCCT mencari ruang untuk melelapkan mata.. hampir penuh semua kerusi yang dijadikan ruang berbaring sementara menunggu waktu berlepas tiba. Memang tak berapa selesa la, tapi nak buat macam mana kan, waktu transit kami bukan lama mana pun.

Nak sembahyang subuh kat surau LCCT pun muat2 dua orang je sebab surau dah jadi port tidur... Tapi aku memahami la sebab ada yang bawak baby.. Dalam-dalam nak solat tu sempat lagi aku belek-belek muka comel baby tu tidur.. Berani betul mak dia neh, dah la anak ko comel.. Kalau orang ambil bukannya perasan pun.. aku tengok masing2 nyenyak semacam je... Teringat kat Hanif lak masa tu.. Semoga Allah melindungi baby yang tengah tidur ni dari sebarang perkara yang tak diingini..
Lega nye bila dah sampai airport Senai, airport kecik memang tak banyak amik masa la, sekejap je dah check-out. Alhamdulillah luggage semua ada.. Bukan apa, stigma bila baca kes-kes kehilangan luggage bila ambil penerbangan tambang murah ni.. Pukul 7.30 pagi tu, Along dan Kak Umi datang bawak Hanif sekali.. Hanif tengah tidur.. Bila Kak Umi bagi Hanif kat aku, Hanif terbangun.. Terus dia merengek2 nampak aku.. Tak nak lepaskan pelukan.. Takut kena tinggal lagi gamaknya..
Kesian Hanif.. mesti dah rindu sangat-sangat dah.. Memang tak pernah berenggang la katakan.. Tiba-tiba kena tinggal 4 hari.. Nasib baik kecil lagi, senang la Pak Long nak pujuk hehe..

Kesimpulannya, walaupun ada sesetengah tempat yang aku dan Napi nak pergi tapi tak kesampaian, kitorang rasa puas dapat explore HK dengan sendiri.. dapat rasa naik MTR dan bas ke sana sini, naik feri, ding dang tram, berinteraksi dengan orang yang dah lama bermaustatin di sana, melawat masjid Wan Chai dan merasa sendiri makanan halal kat sana.. Rasa-rasanya kalau ada kesempatan memang nak pergi dengan Hanif pulak, dan kitorang tetap nak berjalan sendiri sebab dah merasa kebebasan dan keseronokan berjalan sendiri di HK. Cuma mungkin lain kali tentatif perjalanan tu akan lebih dimantapkan untuk memastikan masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya..

Beberapa tips untuk yang merancang nak pergi sendiri..
  • Survey harga tiket flight SELALU. Walaupun masa agak suntuk, kadang2 boleh dapat harga berpatutan dan harga tiket memang berubah-ubah. Kalau rasa memang dah dapat pilihan paling murah, jangan teragak-agak nak book.
  • LUASKAN PILIHAN masa nak book tiket.  Tak semestinya naik dari airport yang paling dekat dengan kita, dan tak semestinya menggunakan syarikat penerbangan tempatan sahaja. Kadangkala ada offer yang lebih menarik dari airport berlainan dan dari syarikat penerbangan berlainan.
  • (Untuk penerbangan tambang murah) Kalau flight yang lama (lebih 3 jam), PASTIKAN membuat PRE-ORDER untuk in-flight meal walaupun mahal (RM12).  Percaya la, memang rasa berbaloi daripada dah duduk dalam flight, terbau makanan sedap-sedap dan akhirnya membeli dalam flight tu (lagi la mahal). Ataupun sebagai langkah berjaga-jaga, PASTIKAN makan kenyang-kenyang sebelum boarding.
  • (Penerbangan tambang murah) Kalau flight yang lama (lebih 3 jam), orang yang tinggi2 cam Napi (lebih kurang 1.75 m) baik amik hot seat terus. Memang sakit jiwa kalau duduk standard seat nanti. Lebih menakutkan kalau terkena DVT (Deep Vein Thrombosis).
  • (Penerbangan tambang murah) Untuk yang book tiket bersama (i.e. couple or group), kapasiti checked-in baggage boleh SHARE. Tak perlu beli extra weight untuk luggage/upgrade checked-in baggage weight.
  • Rajin-rajin la melawat forum online atau blog yang ada entry pasal travelling. Yang terkini lagi bagus, supaya kita tahu ape isu semasa kat destinasi kita tu. Contohnya suhu, cuaca, penyakit, bencana, polisi imigresen, tempat makan, harga, bajet nak belanja dan sebagainya.
Ok, harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu..

Terjah Hong Kong! Edisi 2

Okeh kat mana kita berenti aritu? Ooo hari kedua.. pas tido dalam keadaan kesejukan.. brrr.. masa tu cuaca 19 degree C, tak yah pasang aircond pun.. Dah la kat hotel Guangdong tu takde wifi free, kena beli online prepaid.. maknanya masa connect wifi, pilih la nak pakej 1 jam ke, 3 jam ke, 1 hari ke.. nanti masa check-out baru dia caj.. Oleh sebab tu takde la nak stay-up lelame sangat.. layan tengok tv, buka NHK.. masa tu kan gempa.. dah la si Eli kat sana lagi.. tapi lama2 tv yang tengok kitorang.. wakaka.. mentang2 la karen hotel.. ok banyak cer lak.. tido2..

Hari ke-2, pagi2 tu sarapan nasi goreng segera.. camner leh wat nasi goreng lak ni? Caranya aku rebus ketupat segera mini (tips dari Cik Kerry) guna traveller cooker.. Ehsan dari mak aku.. Tak lama, jap je dah masak.. Tapi tak tunggu sampai hancur la beras ketupat tu.. Kemudian aku keluarkan isi dia (masa ni dalam bentuk nasi lagi, tapi memang dah masak betul).. aku gaul dengan planta (bawak dari mesia) ngan perencah nasi goreng seri aji.. masuk balik dalam travel cooker.. Jadi la nasi goreng segera... Makan dengan kari ayam tin..

Sesudah kekenyangan.. aku menunaikan tanggungjawab berconference.. tapi oleh sebab topik tak berkaitan (conference ni multiconference, bermacam2 bidang kejuruteraan) jadi ada gak la yang tak tengok.. abis tu tengok pe?? tengok kat bawah ni la..


Napi kata duit HK ni unik sangat2.. korang perasan tak not HKD20 tu ada 3 versi berlainan? Ha jangan terkejut kalo sok2 tukar duit dapat camni.. tapi memang aku penah tengok kat NatGeo pun.. Not HKD ni cetakan dia bergantung pada bank yang cetak not ni.. Kalo kita cuma ada Bank Negara je, kalo HK tak silap ada 3 ke 4 bank kot yang boleh cetak duit..

Pastu aku lepak kat Centenary Garden ni sebab on the way balik ke hotel.. Walaupun orang sana cam dah tak heran, aku tetap nak kagum gak.. Cantik bunga2 kat HK ni.. bunga bermusim la katakan.. tapi yang kelakarnya ada pokok2 hiasan cam pokok petai.. cuma petainya kurus2, tak lebar cam petai kat mesia hehe.. Masa ni tengah lapar, dok makan Sneakers je.. Cuaca sejuk2 ni perut lapo memanjang..

Habis mengunyah.. kitorang main redah je bas kat situ.. tapi memang dah ada route information kat bus stop.. Kalo dah pasti destinasinya, InsyaAllah tak sesat nyer.. Kitorang nak gi satu tempat ni.. ada kaitan dengan Sneakers tadi huhu.. Sekali 8 minit je naik bas.. ceh dekat rupanya.. Turun katne ek.. Kat jeti la.. pe lagi kitorang naik feri la.. nak ke HK Island.. kitorang ni bukan kat pulau HK, kena seberang dulu baru sampai pulau.. Pakai kad Octopus gak bayar.. Canggih dan mudah betul..

Tak sampai 10 minit dah sampai pulau. Pastu main redah lagi naik bas, sebab bus stop memang depan jeti je.. Buat selamba je tanya sana sini.. Tourist kekdahnya.. diorang pun dah faham.. Berpandukan peta, kitorang menuju Wan Chai.. tapi rupanya terturun awal kot.. jadi jalan kaki la cuci mata.. sejuk tul angin dia.. last2 dah tak tahan aku masuk satu butik ni cari mafela.. Nasib bek ada offer, dapat la HKD39.. K dah selesa sikit nak sambung perjalanan..
Dalam berjalan tu banyak betul Ding Dang Tram.. yang dua tingkat kat belakang tu.. balik nanti baru naik ah.. Explore dulu..

Akhirnya sampai la kat destinasi.. Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre.. Betul2 belakang hotel Charterhouse.. Kat sini la baru leh cari pengganti Sneakers, kat bawah ni ha.. Kitorang makan Kuey Tiaw Goreng dengan Nasi Putih+Kerapu Sweet Sour.. ek eleh cam bese je menu ek.. kat mesia pun ada, ye tak.. tak la.. specialnye dimsum sebenarnya tapi pagi sampai tengah hari je.. aku lak memang teringin nak makan KTG Chinese style, tu yang minta tu.. siap minta taknak taugeh.. pening auntie tu melayan permintaan aku.. Pastu terpaksa tapau udang goreng tepung dia.. sebab portion memang besau... tak terabis.. Haw sek aa... Mmm Koy Saiii...

Satu peringatan penting.. Kat HK ni memang kena bawak wet tissue memanjang.. paling penting.. Toilet kat masjid pun takde pili air tau.. Ada toilet roll je.. Takpun agak2 tak selesa guna wet tissue tu leh gak standby botol kosong wat isi air kat sinki sebelum masuk toilet..

Masa balik dari situ dah gelap dah.. Tapi sempat gak tangkap gambar ni sebab signboard ni je yang unik.. Tiada yang seumpamanya.. Hehehe..

Dari masjid kitorang naik Ding Dang Tram.. uniknya stesennya di tengah2 jalan raya.. pasal tram ni memang dok kat tengah je.. pakai Octopus Card lagi.. Mesti cuba tram ni walaupun sekali, tak rugi.. Rasa antik betul tram tuh..

Nak balik seberang kitorang amik MTR lak.. MTR ni lalu bawah laut woo... Tapi tak rasa la pun sebab laju.. Yang menariknya kat stesen MTR ni ada vending machine jual payung.. Tapi payung bukan sebarang payung.. Ini payung typhoon resistant.. Siap ada video tunjuk demo orang pakai payung ni masa angin kencang.. peh... Tapi tengok rege payung.. Lagi peh.. HKD 69 kot.. Camne pun payung jek.. Sudahnya tangkap gambo je la..

Ok dah lepak dah.. Tapi kaki nak berjalan lagi.. Turun stesen Mongkok, gi la Ladies Market.. umat memangla teramat ramai.. Mongkok la katakan.. jadi tak baper selesa nak shopping.. Sudahnya bila hujan gerimis terus hilang mood nak beli souvenir.. Balik la apa lagi.. Tidor2 sok pagi nak present..

Nanti kita sambung Terjah Hong Kong! Edisi 3 lak..

Jumaat, November 20, 2009

Doa-Doa Pelindung..

Hari ni aku nak share dua doa yang aku baru jumpa (rasa teruja nih!). Biasa la sharing is caring..

Doa yang pertama ni aku dapat dari forumer Cari.. bagus juga kalau dapat kita amalkan.. malah doa ni selalu dilagukan di radio IKIM.. (nampak sangat aku tak dengar radio IKIM...)

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

Maksudnya:
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Credit to forumer sunsuria3 di sini

Ada lagi satu doa.. Doa ni biasanya dibaca selepas solat subuh dan asar sebanyak 3 kali.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق

Maksudnya :


Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking? " Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"
Credit to forumer gondang_9 di sini.

Isnin, November 09, 2009

Sekarang Baru Ku Tahu Rasanya..


Sekarang baru ku tahu rasanya disengat... kala jengking (KJ)! Ikutilah kronologi di bawah ini.

Sabtu, 7hb Nov. 209

8.30 mlm
Aku cuci muka sebab nak bersiap2 keluar lepak2 kat dataran. Napi pun nak tengok final Piala Malaysia..

8.35 mlm
Aku capai tuala muka kat belakang pintu nak lap muka. Tengah2 lap muka terasa tangan pedih macam kena selumbar/kaca/jarum.. Dengan kehairanan aku balik2kan tuala.. Kemudian aku campak tuala tu kat lantai seraya menjerit.. terkejut seh.. Seekor KJ sebesar jari kelingking dengan ekor yang menegak tengah port baik nye kat belakang tuala muka aku.. Aku menangis sebab terkejut+bimbang.. 1st time tengok KJ live, terfikir pasal bisa, pasal baby lagi.. Napi genggam pergelangan tangan aku, capai tudung dan terus bawak aku pergi rumah Kak Lela.. dia biar je tuala tu..

8.37 mlm
Kebetulan Kak Lela baru balik, aku duduk depan rumah dengan Kak Lela sekeluarga. Minta tolong Kak Lela sarungkan tudung. Dalam blur2 tu terpikir gak nape Napi suruh gi rumah Kak Lela? Napi suruh aku genggam pergelangan tangan, pastu dia masuk rumah balik diikuti oleh Arip, anak teruna Kak Lela..

8.40 mlm
Arip keluar rumah aku sambil berkata, "dah abis dah, terbelah dua!". Napi keluar rumah dengan muka kool je.. cam mafia lak.. Dia kunci rumah, bukakan pintu kereta untuk aku, kemudian dia pinkan kerongsang kasi molek tudung (baru nak suruh dukung masuk kereta, tapi dah 60 kilo ni rasanya terlebih sudah huhu).. Kami ke poliklinik Nge kat Pt. Raja. Dalam menunggu tu tangan aku dah berdenyut2.. rasa pedih pun ada ni..

8.50 mlm
Kami dapat priority untuk rawatan. Dr. Nge bagi suntikan local painkiller, 2 jenis pil alahan dan panadol. Kami diminta untuk perhatikan sekiranya timbul reaksi alahan terhadap bisa sengatan. Kalau ada sesak nafas, perlu segera ke hospital.. Dr. Nge meyakinkan kami yang bisa KJ ni tidak akan memberi apa2 kesan ke atas baby.. Terima kasih kepada kakitangan Poliklinik Nge atas layanan yang sangat baik.

9.00 mlm
Singgah Petronas beli air mineral nak makan ubat. Pastu kami tetap gi BP.. aku trauma jap nak tengok rumah tu.. terbayang2 lagi KJ dengan ekornya yang tegak tu.. Akhirnya sampai bandar aku dan Napi tengok Piala Malaysia kat bus stand lama sambil pekena tempe goreng.. Habis Piala Malaysia baru tapau makanan. Dataran penuh sangat, ada expo ape tah..

Setakat hari ni belum ada reaksi alahan lagi, mak pun kata dah ok.. cuma masa nak baik nanti mungkin kawasan kena sengat tu membengkak dan gatal2.. Nasib baik tangan.. kalau muka? huhu... trauma nye rasa.. tuala muka tu aku suruh Napi buang, taknak tengok lagi dah..

Napi kata harus bunuh sebab haiwan berbisa.. Tapi biasanya Napi memang sayang binatang.. Kumbang, lipas ngan cicak kalau dia dapat tangkap hidup2 buang kat luar.. Kalau aku dapat, dah lama kena spray Mortein Knocdown.. Kalau tangkap lipan pun dia cuma buang sengat pastu campak kat parit.. Cuma mungkin sebab kali ni dah terkena kat aku kot.. tiada kompromi la.. Terima kasih kepada Napi untuk layanan yang extra romantik malam tu.. Sayang Napi..

Rabu, November 04, 2009

Problem Post Tak Update Kat Blog Lain..

Hari tu aku terperasan blog uda tak update kat blog aku.. Rupanya2 blog aku pun sama huuu...
Cari punya cari akhirnya terjumpa jugak solution ni.. Aku dah cuba solution ni dan berjaya. Bagi kawan2 lain yang berkongsi masalah yang sama, apa kata korang cuba gak.. Tapi tak semua yang mengalami masalah yang sama berjaya guna cara ni.. Jadi kita cuba jaya jela yek..

Begini cara-caranya :
  1. Lepas login, klik pada Dashboard. (Kalau memang dah berada kat Dashboard sila abaikan langkah ni).
  2. Pada bahagian Reading List -> Blogs I'm Following, klik butang ADD.
  3. Pada tetingkap kat bawah ni, isi address blog kita sendiri di bahagian Add from URL -> URL:
  4. Klik butang Next.
  5. Pada tetingkap seterusnya, pilih la option mana2, kemudian klik Follow.
  6. Cuba check kat blog orang lain untuk pastikan blog kita dah update.

Credit to: blogger el_capitan & wendym7 from Blogger Help Forum.
Selamat mencuba & semoga berjaya!

Isnin, Oktober 05, 2009

Di Sebalik Tragedi Gempa Bumi Padang..


Sedih dan simpati bila tengok berita semalam.. Ada footage mayat seorang budak kecil bercermin mata tertimbus di sebalik timbunan konkrit.. Suasana di Padang nampak kacau bilau.. Tengok pasukan SMART pun macam blur2 je nak mula operasi kat bangunan yang mana. Orang-orang awam paling kesian, mengikut laporan berita pasukan penyelamat lebih tumpukan kawasan elit berbanding kawasan penduduk awam dan kampung-kampung.. Sedangkan bangunan yang runtuh bukan di kawasan elit je.. Mungkin kerana kekurangan kelengkapan dan bilangan anggota penyelamat yang tidak mencukupi. Ditambah pula dengan sebilangan masyarakat yang tertekan lalu nekad menceroboh gudang bekalan bantuan makanan untuk mengambil sendiri bekalan makanan. Ini terjadi gara-gara tak mendapat bantuan makanan seperti yang dijanjikan. Di sebuah kampung hampir 300 jemputan termasuk pengantin perempuan tertimbus dalam runtuhan di sebuah majlis perkahwinan. Penduduk kampung cuma mampu gali guna tangan je, kelengkapan tambahan takde. Tambahan pula kampung di pedalaman.. Walaupun masjid dah runtuh, penduduk nya masih tabah mengadakan solat Jumaat secara berjemaah dia hadapan tapak runtuhan masjid..

Di sebalik kebolehan Indonesia yang dah berpengalaman melalui berpuluh-puluh bencana sebegini, namun dari sudut pandangan luar kelihatan pengurusan pasca bencana sangat celaru.. Ada pula pihak yang ambil kesempatan menaikkan harga tiket kapal terbang dari Padang ke Jakarta sehingga 3 kali ganda. Macam mana dengan bekalan air dan tempat tinggal sementara? Bekalan api sudah semestinya lumpuh. Kelihatan banyak visual penduduk yang duduk di hadapan rumah masing-masing yang dah roboh. Seolah-olah tiada pusat penempatan sementara. Bagaimana agaknya perasaan pelajar-pelajar Indonesia di sini yang mempunyai saudara-mara di Padang, bagaimana pula perasaan rakyat Malaysia sendiri yang mempunya kenalan, sahabat-handai dan saudara di sana.. Tentu saban hari asyik menantikan khabar berita dari sana..

Bagaimana pula jika keadaan serupa menimpa Malaysia? Mampukah kita menghadapi dugaan sebegini besar? Mampukah kita berfikiran secara rasional pada waktu itu.. Bermaknakah semua harta benda material yang kita ada pada waktu itu.. Wallahualam.. PBB menganggarkan kematian melebihi 1000 orang, manakala 3000 - 4000 orang masih lagi terperangkap.. Takziah diucapkan kepada penduduk Padang, Indonesia. Semoga yang telah pergi dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi-Nya. Semoga yang masih terperangkap di sebalik timbunan runtuhan bangunan dapat segera diselamatkan.. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan penyelamat dan para sukarelawan yang berkhidmat di sana. Semoga lebih banyak bantuan dapat disalurkan ke sana secepat mungkin..

Selasa, September 29, 2009

PTPTN Selesai!

Apa yang best hari ni?
Aku dah berjaya settle habis loan PTPTN diploma aku.. Hooray!! Alhamdulillah.. Lega nye rasa tak terkira.. Aku berterima kasih sangat pada
payment gateway FPX dan sistem E-FES. Tanpa kedua-dua tool ni, mustahil aku dapat langsaikan secepat ni. Walaupun dicas 50 sen sekali transaksi, bape la sangat kosnya berbanding duit minyak pergi bank dan kos pentadbiran.. Kalo 20 kali transaksi pun baru 10 hengget..
Tinggal la loan degree dalam RM7k++.. Ehem, tu cter lain.. Harap2 untuk loan degree tu ada la rezeki selanjutnya dengan PTPTN nanti..

Apa yang tak best lak?
Bila la aku nak siapkan report master ni.. Kesian Dr. Wan, dah lama tak nampak muka anak buah dia nih..
Ni pun dah ngantuk ni.. malas nye nak membaca..

Isnin, Jun 08, 2009

Hello.. 5 minit sahaja..

Aku dah penat godek blog friendster tu, slow sangat la.. Jadi aku join korang-korang yang dah lama blogging kat sini ye.. ramai rupanya member-member lama kat sini.. Apa khabar sume.. sihat ke? sori ye kengkawan, aku memang malas online.. tapi walaupun aku dah berbulan-bulan senyap, hati ni masih teringat kat korang sumer.. harap korang sume berjaya dalam haluan hidup masing-masing..


Kali ni x dapek nak buat 5 minit, jadi 30 minit lak hehe.. takpe la baru nak kenal dengan blog nih..
Thanx a lot nissaq, kalau tak kerana kamu, aku x perasan kengkawan kat sini.. Happy blogging everyone!